Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna

Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download
Cara belanja gaji pertama supaya lebih bermakna JPEG Download

Hi semua,

Kebanyakkan orang menanti gaji mereka yang pertama kerana ianya banyak makna. Masih teringat gaji pertama dari pekerjaan pertama selepas tamat belajar. Banyak benda nak buat dengan gaji yang tidaklah seberapa. Tapi lebih elok dan lebih bermakna kalau di belanja dengan baik:

1. BUAT BAJET.

• lebih elok dibuat sebelum dapat gaji dengan tulis apa nak di guna apabila dapat nanti. I akan senaraikan apa yang nak dibelanja dan juga simpan sedikit. Jadikan ini habit bulanan dan paling kurang simpan 10% dari gaji untuk kecemasan. Masa baru bekerja, dengan gaji RM2,500 I berjaya simpan RM250 setiap bulan.

2. BAYAR HUTANG TERTUNGGAK.

• jangan tangguh bayar hutang belajar dan ibu-bapa kerana ini adalah hutang yang pertama. Rancang berapa banyak hendak dibayar setiap bulan supaya ini termasuk dalam perbelanjaan bulanan. Hutang belajar dengan MARA I bayar sebanyak RM200 tiap-tiap bulan dan beri ibu-bapa RM300.

3. BELI INSURAN DIRI & SIMPANAN.

• tahu tak jika beli insuran diri pada usia muda, ianya lebih murah? Bukan saja sebagai perlindungan untuk diri dan keluarga tetapi juga untuk target jangka masa panjang kewangan.

4. INVEST UNTUK DIRI SENDIRI.

• hadir kelas atau membeli bahan yang dapat membantu perkembangan kerjaya. Contohnya belajar skill bercakap dan menyampai di depan orang ramai. Selalunya ini percuma di tempat kerja tetapi anda boleh ikuti kelas-kelas di tempat lain.

5. BELANJA DIRI SENDIRI.

• Akhir sekali, belanja diri sendiri kerana telah berusaha keras untuk dapatkan kerjaya yang diingini. Tidak mudah untuk berada pada tahap ini. Tetapi jangan berlebih supaya tidak menjadi habit dikemudian hari.

Tidak kira apa yang anda lakukan kepada gaji pertama, yang penting anda sedar dan mula dengan baik. Tindakan bijak ketika berbelanja pasti dapat mengelak dari pertambahan hutang atau yang lain dikemudian hari.

Semoga tips ini bermanfaat ok!

#tipslemon8 #tipsberbelanja #tipsrumah #lemon8review #takemymoneybrands #lemon8review #selfdevelopment #selfcaretips #selfimprovement #selfgrowth