Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

TIPS JIMAT DUIT GAJI HINGGA HUJUNG BULAN

TIPS JIMAT DUIT GAJI HINGGA HUJUNG BULAN

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
TIPS JIMAT DUIT GAJI HINGGA HUJUNG BULAN JPEG 下载
TIPS JIMAT DUIT GAJI HINGGA HUJUNG BULAN JPEG 下载
TIPS JIMAT DUIT GAJI HINGGA HUJUNG BULAN JPEG 下载

1) Buat bajet

Biasakan diri apabila gaji masuk, asingkan terus wang untuk perbelanjaan tetap (kereta, rumah, bil utiliti) dan perbelanjaan sampingan seperti bercuti atau membeli belah.

2) Beli barangan keperluan, bukan kehendak

pertimbangkan dahulu sama ada barangan tersebut merupakan barangan keperluan atau hanya kehendak peribadi. Contohnya, usah kerap menukar telefon bimbit. Ukurlah baju di badan sendiri terlebih dahulu.

3) Perbandingan harga

Jangan rasa malas untuk membuat perbandingan harga terutamanya barang-barang yang bernilai tinggi. Contohnya barangan elektrik atau kelengkapan rumah.

4) Pinjaman peribadi dan kad kredit

Elakkan membuat pinjaman peribadi terutama bagi golongan muda. Terdapat segelintir yang tidak berfikir panjang dan membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang, biaya majlis perkahwinan dan sebagainya. Ini kerana sebahagain besar wang anda akan dihabiskan untuk membayar faedahnya saja. Elak diisytiharkan muflis pada usia muda.

5) Gaya hidup

gaya hidup yang terlalu boros juga menyebabkan wang gaji anda susut. Usah terlalu mengikut trend dengan mengunjungi kafe mahal atau membeli baju berjenama untuk 'menunjuk'.

6) Menabung

Akhir sekali, langkah paling mudah adalah menabung. Disiplinkan diri menabung dari sekecil-kecil duit syiling sehingga sejumlah wang yang anda peruntukkan setiap hari. Contonhya, RM5 setiap hari. Ketika sengkek, barulah anda sedar betapa pentingnya menabung.

#tipslemon8 #tipsandtrick #tipsmenabung #lemon8hometips #savingtips #savingmoney #savingschallenge #homedecormalaysia