Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️

5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download
5 Best Sport Anime You Must Watch❗️❗️ JPEG Download

Hi lemon8sters!!

Antara genre anime yang pemes adalah sport. Sebab apa? Sebab anime sport ni buildup character dia menarik gila and mostly bagus untuk bagi semangat! So ada lah motivasi nak bersukan kan?🤭

Haa jum aku senaraikan 5 anime sukan yang best gila!! Psst aku senaraikan satu sukan satu anime tau.

1.      Ao Ashi (Bola Sepak)

Anime ni berlatarkan sukan bola sepak. Aoi Ashito seorang murid sekolah di daerah ehime (perkampungan). Dia pemain andalan dekat kelab bola sepak tu tapi hm kelab dia lemah pulak adeh. Lepas dia kalah tournament, dia gi healing dekat pantai dan jumpa Tatsuya Fukuya (Manager Tokyo City Esperion FC) salah satu kelab terkemuka dekat J-League. Tatsuya ni dia nampak potensi Aoi so dia invite untuk pergi ke tokyo. So macam mana perjalanan dia dekat bandar tokyo?

Genre: sports, Seinen

Personal Rating: 11/10🌟

2.      Haiyuu!! (Volley Ball)

Shouyou Hinata seorang yang bercita-cita tinggi untuk main volley di sebuah sekolah (KARASUNO) walaupun tak cukup tinggi. Dulu dia pernah lawan volley waktu zaman sekolah rendah and kalah teruk dengan satu sekolah waktu tu. Hinata anggap player superstar sekolah tu (Kageyama) sebagai rival. Tapi selepas dia masuk karasuno rupanya kageyama satu team dengan dia. Macam mana perjalanan volley ball hinata dengan kageyama dekat Karasuno? Korang kena tengok sendiri sebab best gila cerita ni my all time favourite!!

Genre: comedy, Sports, drama, School, Shounen

Personal Rating: 100/10🌟

3.      Kuroko’s Basket (Basketball)

Dulu, Team basket dari sekolah teiko famous sebab menang semua game. Waktu tu diorang disebut generasi mukjizat sebab hebat sangat. Tapi lepas lulus sekolah tu diorang sume 5 player berpecah ke team lain. Tapi ada satu lagi player yang orang tak tahu dalang menangnya semua game sekolah Teiko iaitu Kuroko. Dia disebut sebagai ‘Player Hantu’ sebab... ha korang kena tengok sendiri!

Genre: Comedy, School, Sports, Shounen

Personal rating: 9.5/10🌟

4.      Free! (Renang)

Haruka Nanase seorang yang bercita-cita tinggi and minat gila dengan air. Dia ada bakat hebat dalam sukan renang. Dia pernah menang game dengan 3 lagi rakan dia iaitu Rin Matsuoka, Nagisa Hazuki dan Makoto Tachibana. Lepas menang tournament, diorang berpisah dan jumpa balik dekat sekolah menengah tapi  Rin dah start hilang minat dalam sukan renang. Kisah ni bercerita macam mana diorang nak tubuhkan kelab renang kat sekolah tu dan kisah persahabatan diorang.

Genre: slice of Life, Comedy, Sports, Drama, School

Personal Rating: 9/10🌟

5.      Ryman’s Club (Badminton)

Klub Ryman adalah satu kolompok business dan badminton. Mikoto Shiratori seorang yang berbakat dalam badminton tapi trauma lepas kalah inter high. Lepas dia masuk company Sunlight Beverage, dia jumpa dengan Tatsuru Miyazumi seorang pekerja terbaik dan player badminton yang hebat. Maka bermulalah Tatsumi start balik main badminton untuk lawan trauma dia. Cerita ni menarik sebab kita dapat tengok dari segi 2 aspek iaitu permasalahan tempat kerja dan konflik dalam sukan badminton.

Genre: Sports, Work Life

Personal Rating: 8.5/10🌟

Haa ini senarai 5 Anime Sukan terbaik bagi setiap 5 kategori sukan. Ada yang korang dah tengok? Atau ada anime sukan lain korang nak suggest? Boleh Comment dekat bawah okies?

@ahmadacap

#SayaAnakMalaysia #WeeklyInspo #MyHighlightMoments #lemon8review #MovieRecommend #AnimeRecommend #BestAnime #SportAnime #Sports #IsekaiAnime