Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

RESEPI DONUT MINION GEBU

RESEPI DONUT MINION GEBU

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
RESEPI DONUT MINION GEBU JPEG 下载
RESEPI DONUT MINION GEBU JPEG 下载

Donut Minion viral by FienazShafie - nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning . Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi . Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut .Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.

Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)

Bahan uli:

1 cwn Tepung Gandum

8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)

1 biji telur gred A

1/2 sk baking powder

1/2 sk garam

1sb gula kastor

1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sbb nak tekstur ala pastry kat oversea)

1sb Majerin - guna cap pelangi je

1sb K-fine cream super (wajib utk gebukan terutama donut @ roti - kat shopee @ kedai bhn kek ada)

Pewarna kuning - (kak guna pewarna gel base fodd colouring)

Cara membuat:

1.Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.

2.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.

3.Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.

4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak)

5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut)

6.Tutup sat donut dgn kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.

7.Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing shj.

NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.

SELAMAT MENCUBA!

#donutgebu #donutviral #donutminion #donutkapas #fienazshafie #dapoqkakfienaz

Kredit: Fienaz shafie