Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

RAHSIA DOA MAKBUL ? Rugi tak amalkan ini..

RAHSIA DOA MAKBUL ? Rugi tak amalkan ini..

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
RAHSIA DOA MAKBUL ? Rugi tak amalkan ini.. JPEG Descargar
RAHSIA DOA MAKBUL ? Rugi tak amalkan ini.. JPEG Descargar

Assalamualaikum Lemonies🍋,

Just nak share satu amalan apabila korang terjaga tengah malam untuk doa korang cepat makbul terutama para ibu yang ada anak kecik yang pastinya selalu terjaga untuk buat susu atau lampin anak. Jangan mengeluh. Sebenarnya satu #Rezeki bila Allah buat korang terjaga time² macam ni.

Peluang yang ada, sebaik-baiknya jangan disia-siakan. Ini kerana pada waktu tersebut paling afdhal menunaikan solat sunat tahajud namun demikian jika tak mampu sekurang-kurangnya

banyakkanlah membaca doa yang disarankan oleh Nabi SAW ini.

Daripada ‘Ubadahadah bin Shamit RA,  Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa Ilaaha Illallaah, Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu, Wa Huwa ‘ala Kulli Syai-In Qodiir, Alhamdulillah, Wa Subhanallah, Wa Laa Ilaaha Illallaah, Wallaahu Akbar, Wa Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah.

Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allahummaghfirlii.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku.

Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”

(HR Bukhari)

So gunakan manfaat ini setiap kali korang terjaga tengah malam dengan membaca doa ini. Sesudah baca terus berdoa apa yang korang inginkan atau hajati. Yang penting amalkan amalan ini untuk dapat keredhaan Allah.

Moga bermanfaat & dipermudahkan urusan kita dunia akhirat.🤲🏻

#Lemon8Forum #Lemon8Malaysia #Lemon8 #WeeklyChallenge #amalan #tipslemon8 #Religious #islamicreminder #adeenalifestyleshop