The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hi korang!
Perkongsian kali ni ialah i nak share item-item yang korang kena beli untuk deko ruang makan.
Kebanyakan orang suka mengabaikan ruang makan sehinggakan tiada satu dekorasi pun yang diletakkan di ruang ini menjadikannya kelihatan suram.
Bila ruang makan suram, ruang lain jugak turut suram dan tak berseri. So jom i share dengan korang item2 yang korang kena beli untuk deko ruang makan.
1. Meja makan
Dah tentunya meja makan, kalau takde meja makan, tak jadi ruang makan la namanya. Besar meja yang diperlukan bergantung pada jumlah ahli keluarga. Namun harus diingat, walaupun ada 10 orang ahli, tak semestinya memerlukan meja dengan 10 tempat duduk.
2. Kerusi
Dah ada meja, takkan takde kerusi. Sama macam meja tadi, kuantiti bergantung pada bilangan ahli keluarga.
Tiada masalah untuk 'mix & match' tetapi harus berhati-hati supaya tidak nampak serabut.
3. Permaidani
Mungkin bagi korang permaidani tak penting untuk ruang makan, kalau tumpah makanan, kan dah leceh nak bersihkan kotoran yang melekat. Tetapi, ianya diperlukan untuk bertindak sebagai pembahagi ruang. Jadi, untuk memilih permaidani yang sesuai, pastikan korang pilih permaidani yang sesuai untuk kedua-dua 'indoor' dan 'outdoor' kerana permaidani dari jenis ini lebih mudah dicuci dan dibersihkan.
4. Ruang simpanan
Sediakan satu sudut atau ruang sebagai ruang simpanan di ruang makan. Cari kabinet, atau tempat duduk yang selesa di mana korang boleh menyimpan barang-barang pinggan mangkuk untuk mengelakkan membuang masa dari bolak-balik ke dapur. Korang juga boleh meletakkan pinggan di tempat simpanan semasa makan untuk menjimatkan ruang untuk barang-barang yang lebih penting.