Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Anak Terlalu Aktif & Sukar Dikawal?Elak Makanan Ni

Anak Terlalu Aktif & Sukar Dikawal?Elak Makanan Ni

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Anak Terlalu Aktif & Sukar Dikawal?Elak Makanan Ni JPEG Download
Anak Terlalu Aktif & Sukar Dikawal?Elak Makanan Ni JPEG Download
Anak Terlalu Aktif & Sukar Dikawal?Elak Makanan Ni JPEG Download

Hi korang!

Perkongsian kali ni ialah i nak share bagaimana cara nak elak anak terlalu aktif dan mungkin puncanya dari makanan.

Anak yang terlalu aktif dan sukar dikawal boleh mengundang keadaan kelam kabut. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba. Tapi kenapa agaknya mereka boleh jadi terlalu aktif? Cuba semak apakah makanan yang dimakan olehnya hari ini yang mungkin telah mempengaruhi mood dan tingkah laku.

Sugar rush. Gula sering kali menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan kanak-kanak aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, ada jenis makanan lain yang juga memberikan impak kepada kelakuan dan si manja. Antaranya ialah:

1. PRODUK TENUSU

Pengambilan produk tenusu dalam kuantiti sederhana tidak ‘mengganggunya’. Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.

2. GULA

Gula. Ya gula boleh menjadi sebab apabila ia diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.

3. BAHAN PENGAWET

Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.

4. BAHAN PERASA

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak. Bahan perasa banyak terkandung dalam makanan berproses seperti sosej, kerepek, mi segera dan sebagainya.

#WeeklyInspo

#lemon8review

#lemon8sharing

#lemon8tips

#Lemon8Malaysia

#lemon8recommendations

#tipslemon8

#sharingtips

#sharinglemon8

#shareinlemon8