Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash!

Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash! JPEG Download
Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash! JPEG Download
Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash! JPEG Download
Ini Masanya Untuk Korang Tinggalkan Feminine Wash! JPEG Download

Hi korang!

Perkongsian kali ni ialah i nak share tentang pencuci wanita / feminine wash.

Kalau korang tgk di pasaraya atau pun drugstore seperti Watson dan Guardian, terdapat pelbagai produk khusus untuk wanita kan? Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya ada produk tersendiri termasuklah feminine wash atau pun pencuci intim wanita.

Kebanyakan produk mengatakan dapat bersihkan miss v supaya tidak berbau busuk, ketatkan miss v serta datang dengan pelbagai bau seperti bau bunga, sirih, ros dan banyak lagi.

Tetapi, perlu ke memakai pencuci wanita ini? Selamat ke?

1. Vagina bole cuci dengan sendiri

Sebenarnya anggota ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana ia boleh mencuci dengan sendiri. Jadi korang tak perlu untuk membeli produk khas untuk mencuci vagina sebab badan korang sudah berfungsi dengan baik. Masa i buat checkup dulu, doc tak suggest ambik feminine wash ya.

2. Terdedah kepada jangkitan

Bila korang terlebih cuci vagina dengan harapan ia akan berbau wangi seperti bunga, korang sebenarnya merosakkan vagina korang tau! Apabila terlebih mencuci miss v, korang mungkin akan dijangkiti jangkitan yis dimana vagina akan rasa sangat gatal, pedih ketika membuang air kecil dan kemerah-merahan.

3. Tidak perlu untuk berbau wangi

Vagina ini tak perlu untuk bau seperti bunga atau buah-buahan. Ia akan tetap bau seperti vagina, dan ia normal. Jangan terlalu obses untuk mempunyai vagina yang berbau wangi sehingga akhirnya akan bawa padah ke diri sendiri. Takkan tak perlu cuci? Haruslah cuci, tapi cukup sekadar menggunakan air sahaja tanpa produk yang lain.

#WeeklyInspo

#WomenHealth

#womencare

#Lemon8Malaysia

#lemon8tips

#lemon8sharing

#lemon8recommendations

#lemon8indonesia

#tipslemon8

#sharinglemon8