Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Pulau cantik di Sabah 😍🏝!!

Pulau cantik di Sabah 😍🏝!!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Pulau cantik di Sabah 😍🏝!! JPEG Herunterladen
Pulau cantik di Sabah 😍🏝!! JPEG Herunterladen
Pulau cantik di Sabah 😍🏝!! JPEG Herunterladen

Siapa kat sini yang ambil kos AS201: Bachelor of Science (Honours) Biology masa degree dekat UiTM dulu? #SchoolDays Kalau korang tahu, program ni memang ada final year project yang memerlukan pelajar buat penyelidikan sendiri.

Salah satu pengalaman paling best sepanjang pengajian saya adalah temankan kawan buat sampling dekat Pulau Sapi, Sabah. By the way kami ke sini menaiki bot dan mengambil kira lebih kurang 10-15 minit kalau tak silap saya. (From pelabuhan KK ke Jeti Pulau Sapi)

Yang paling menarik, kami dapat pergi Pulau Sapi secara percuma sebab dapat permit khas dari Taman-Taman Sabah untuk jalankan kajian. Jadi, setiap kali kawan saya buat sampling, saya ikut sekali!

Pengalaman paling tak boleh lupa—kami hiking bukit Pulau Sapi. Walaupun tak dapat teman setiap minggu, tapi cukup beberapa kali sampai kami dah hafal laluan hiking tu. Serius, tak perlu tour guide lagi sebab dah pro, siap rasa makin fit setiap kali naik bukit! 😆

Pemandangan laut memang luar biasa—air biru jernih, angin sepoi-sepoi, memang cantik gila! 🌊🥰 Yang paling best, kami bukan sekadar buat kajian. Kami juga dapat naik perahu transparent, pergi snorkeling, dan banyak lagi aktiviti seronok. Dan yang paling syok—semua ni free! 😍

Oh, satu lagi benda menarik. Masa dekat Pulau Sapi, saya baru tahu penduduk kat situ panggil Kota Kinabalu sebagai “tanah besar”. Mula-mula memang konfius, "Eh, apa maksud tanah besar ni?" Rupanya, orang pulau selalu sebut KK sebagai tanah besar. Jadi bila mereka tanya, “Kamu balik tanah besar petang ni?”, maksudnya mereka tanya kalau kita nak balik Kota Kinabalu! 😅

Memang pengalaman yang takkan dilupakan. Kalau ada peluang, memang nak pergi lagi!

#WeekendSpecials #hiking #uitmdihatiku #lemonfyp