Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Jom Kenali Rempah di Dapur !

Jom Kenali Rempah di Dapur !

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Jom Kenali Rempah di Dapur ! JPEG Download
Jom Kenali Rempah di Dapur ! JPEG Download
Jom Kenali Rempah di Dapur ! JPEG Download
Jom Kenali Rempah di Dapur ! JPEG Download

Pelbagai jenis rempah serbuk dan biji berada didapur kita, tetapi sejauh manakan kita mengenali dengan baik nama dan kegunaan rempah tersebut?

Hari ni saya nak tunjuk rempah asas yang berada di dapur kita 😁 antaranya adalah :

πŸ“Œ Buah Keras

πŸ“Œ Cengkih

πŸ“Œ Buah Pelaga

πŸ“Œ Halba

πŸ“Œ Bunga Lawang

BUAH KERAS:

Buah keras atau dalam bahasa inggeris dipanggail candlenut.

Buah keras mengandungi kandungan minyak yang tinggi, ini menyebabkan penggunaannya dalam masakan memberi rasa lemak, berkrim dan secara tidak langsung memekatkan kuah. Selain buah keras, anda boleh menggantikannya dengan kacang 'macadamia',

CENGKIH:

Dalam Makanan.

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Ia merupakan antara empat rempah utama dalam masakan melayu ia dikenali sebagai"rempah empat beradik".

Tujuan lain

Minyak cengkih jugak digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi.

πŸ“ŒBUAH PELAGA:

Buah pelaga merupakan salah satu komponen penting didalam menyediakan rempah khas masakan India seperti Masakan Masalla, Kari dan Pasta. Masakan nasi Beriyani dan Nasi Arab yang dikomersilkan dan dihidangkan di Malaysia pun selalu dimasukkan buah pelgaga didalamnya unuk menambahkan keenakannya.

πŸ“ŒHALBA

Halba atau Biji Halba adalah sejenis rempah ratus atau herba yang lazimnya digunakan untuk memasak kari dan sebagainya. Kajian juga telah dilakukan dan mendapati bahawa tumbuhan herba ini telah muncul sekian lama sejak 1500 sebelum masihi lagi.

Terdapat beberapa sebatian dalam halba yang boleh mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mencegah serangan jantung dan merawat arteri tersumbat.

πŸ“ŒBUNGA LAWANG

Kandungan anti-oksidan dan magnesium dalam bunga lawang boleh memberi efek rileks untuk tubuh. Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C dalam bunga lawang membantu menjadi 'perisai' tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan penyakit, misalnya influenza.

Bunga lawang atau disebut juga dengan pemekat ini lebih sering digunakan dalam makanan Asia seperti misalnya kari, gulai Aceh, Rendang, dan berbagai masakan lainnya yang memerlukan banyak rempah dengan rasa kuat.

Dah kenal serba sedikit rempah di dapur anda? Nak part 2 tak ? 😁

#rempahratus #rempahrempah #beginner #jenisrempah #rakrempah #bahanmasakan #RacunLemon8 #Malaysia