The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Zikir Selepas Solat
Lepas solat, kalau ada masa terluang dan tak ada kerja penting, amalkan wirid, zikir dan doa dulu sebelum bangun. Moga-moga dengan basahnya lidah kita dalam berwirid, berzikir dan berdoa, semua itu dapat menambahkan pahala kita dan menjadi asbab gugurnya dosa-dosa yang kita buat selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ustaz Azhar Idrus kata tak buat pun tak apa, tak berdosa. Cuma kalau buat dapat pahala sebab sunnah Nabi. So, kita pilihlah amalan yang sentiasa beri kita extra pahala sebab dalam hidup pun antara duit Rm 5 dengan Rm 50, kita akan pilih yg lebih banyak. Kan ?
Selesai wirid dan zikir, doalah apa-apa sahaja. Mintak Allah beri keredhaan dunia akhirat, mintak Allah sentiasa bantu kuatkan iman, mintak Allah jauhkan kita dari api neraka dan masukkan kita dalam syurga atau apa sahaja doa yang kita nak Allah kabulkan.
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Surah Ghafir ayat 60
Semoga Bermanfaat❤️
#BeReal #Lemon8Diary #WeeklyInspo #relationshipadvice #Lemon8Malaysia #Android101 #androidhomescreen #relationship #AskLemon8