Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

EMAS DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK | Galeri disiarkan oleh RAHSIAEMAS | Lemon8

EMAS DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK | Galeri disiarkan oleh RAHSIAEMAS | Lemon8

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
EMAS DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK | Galeri disiarkan oleh RAHSIAEMAS | Lemon8 JPEG Download

EMAS DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ANDA

Tahun lepas, saya ada terbaca satu artikel yang membuatkan saya mengurut dada dan berkerut dahi.

https://www.sinarharian.com.my/.../Kos-pendidikan-tinggi...

Artikel ini menyatakan kos keseluruhan yuran pengajian di universiti awam dalam masa 10 tahun akan datang, dengan kadar inflasi RM sebanyak 4% dan andaian setiap keluarga akan membiayai sebanyak 10% kos pengajian menggunakan simpanan sendiri, akan meningkat dari RM18,000 kepada RM28,286! 😱

Saya mengurut dada sebab lega, saya sudah sedia dana pendidikan anak-anak saya sebanyak 50 gram emas setiap seorang semenjak mereka dalam kandungan.

Saya berkerut dahi sebab runsing, adakah simpanan emas 50 gram tu cukup untuk mereka survive di alam universiti hinggalah selepas mereka graduasi dan dapat kerja?

Hal ini menyedarkan bahawa saya tak boleh kekal selesa. Saya perlu bertindak!

Jadi saya buka akaun simpanan emas junior untuk anak-anak saya, bermula dengan Aneeq kemudian Alya dan Aufa. Target saya, mesti capai 250 gram setiap seorang sebelum umur mereka genap 18 tahun.

Kenapa 250 gram? Kalau tambah 50 gram emas jongkong yang ada, masing-masing akan ada 300 gram.

Saya ambil contoh program Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Kos pengajian setahun bagi seorang penuntut adalah RM61,620. Yuran yang perlu ditanggung oleh penuntut adalah sebanyak RM4789 setahun. Kita kali 5 tahun, iaitu sebanyak RM23,945. Ini kos yang ditanggung pada tahun 2019. Jika dikali dengan kadar inflasi 4% kemungkinan kos ini meningkat sehingga RM37,628! 🤯

Tapi sekiranya 8 tahun lagi saya berjaya kumpul emas untuk Aneeq sebanyak 300 gram, dengan anggapan harga emas pada masa itu adalah RM500/gram, Aneeq dapat menampung yuran pengajiannya sehinggalah dia graduasi, dapat kerja dan mendirikan rumahtangga 😍

Ibu dan abi bolehlah fokus untuk mengukuhkan aset sebagai dana persaraan dan tak perlulah runsing mencari duit untuk bayar yuran mengaji Aneeq dan adik-adiknya 😁

Jom buka akaun simpanan emas junior untuk anak-anak kita 🤩 Masa depan mereka bermula dengan tindakan kita hari ini 😉

Gap.wasap.my