Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

RESEPI SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

RESEPI SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
RESEPI SIPUT SEDUT LEMAK CILI API JPEG Download

Cara-cara untuk bersihkan siput :

1. masukkan siput ke dalam bekas yang bertutup berserta hampas kepala dan biarkan semalaman

2. ke-esokkan harinya, Potong buang hujung ekor cengkerang anggaran 3 ruas siput supaya ada ruang udara untuk kita sedut masa makan nanti. guna cutter aje kalau nak senang potong ☺️

3. Rendam siput sampai tenggelam dan gesel-gesel kulit biar tertanggal lumpur.

Tapis dan bilas dengan air. Ulang proses 2-3 kali sampai air jernih

Cara-cara untuk masak lemak cili api:

1.Potong kasar cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia (pilihan), kunyit hidup (kalau tak ada boleh ganti dengan kunyit sebuk).

2.Masukkan bahan potong kasar dan air separuh tenggelam. Kemudian kisar halus.

Serai, trim hujung akar dan batang, buang lapisan yang keras kemudian titik atau tumbuk serai.

3.Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak sampai naik wap panas (tapi belum mendidih).

4. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.

* Petua untuk elak santan pecah minyak, boleh letak garam masa awal-awal masak.*

5.Masukkan asam keping, serai dan koyak masuk daun kunyit. Kerap kacau sampai mendidih.

6.Masukkan siput sedut dan kacau anggaran 5 minit atau sampai mendidih (naik gelegak sekali ja)

7.Tambah santan, serbuk seasoning dan garam mengikut selera masing-masing.

8.Bila dah mendidih sekali boleh tutup api dan hidang.

* Bila santan dah mula mendidih, kerap kacau untuk elak santan pecah.*

Selepas masak biarkan siput terendam anggaran 1/2 jam barulah makan barulah kuah bergaul sebati dengan siput. Dan sedia di hidang 🥰