Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Idea Iftar - Kari kerisik Ayam Pencen Tanpa Santan

Idea Iftar - Kari kerisik Ayam Pencen Tanpa Santan

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Idea Iftar - Kari kerisik Ayam Pencen Tanpa Santan JPEG Download

Hai korang semua 🥰 harini sis nak share kan menu legend. hehe. Biasanya hidangan ayam pencen ni selalu jumpa masa raya sahaja. Ramai orang selalu masakan jadikan rendang 😋 Tapi harini sis masak kari kerisik. Kari ni sis tak letak santan tau. Yang bestnya dengan kari kerisik ni menu kita akan lebih wangi, pekat dan berlemak. Korang boleh jadikan menu berbuka juga. Masak juga roti jala boleh makan masa moreh 😄

Bahan bahan

- bahan kisar - 5 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, 2 inci halia

- 4 sekawan

- 2 tangkai daun kari

- sebiji tomato

- 1/2 cawan cili giling

- 8 sudu besar rempah kari campur sikit air jadikan pes

- air secukupnya

- sekor ayam pencen dah direbus lembut

- 3 biji kentang

- air asam jawa secukupnya

- garam , gula dan serbuk perasa

- 2 sudu besar kerisik

Cara penyediaan

Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar, 4 sekawan dan daun kari. Tumis hingga naik bau. Masukkan tomato dan cili giling. Masak hingga tomato sedikit kayu. Masukkan pes kari. Tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak lagi. Ulang proses ni dalam 3-5 kali sehingga rempah betul2 masak. Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata. Tambah air dan biarkan kentang empuk. Perasakan dan masukkan kerisik. Reneh dengan api kecil hingga terbit minyak dan siap dihidang.

#RamadanEats #lemon8cook #lemon8food #kariayamkerisik #dinnerideas #simplerecipe