Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Movie Review : Under Paris 🦈 (Spoiler Alert)

Movie Review : Under Paris 🦈 (Spoiler Alert)

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Movie Review : Under Paris 🦈 (Spoiler Alert) JPEG 下载
Movie Review : Under Paris 🦈 (Spoiler Alert) JPEG 下载
Movie Review : Under Paris 🦈 (Spoiler Alert) JPEG 下载

Hi Lemonies 🍋

Korang dah tengok ka movie nie?

Biasa la pasal shark yg makan orang 😂

Jom la tengok review movie nie :

Under Paris - Netflix (French)

Rate : 6.5/10 ⭐

Ok kisah nie mengisahkan seorang pakar shark la kiranya, mengkaji ikan nie. Tapi suatu hari tue, dia terkejut bila sekali lagi bertemu dgn ikan tue sebab dia membesar separuh dari saiznya dahulu dalam masa yg sekejap. Ketika itu, semua krew dia mati kerana dibaham oleh ikan tue. Selepas beberapa ketika, dia bertemu dgn beberapa anak muda yg mengkaji ikan yg sama & telah lama mengikuti & menjejakinya. Namun, alangkah terkejutnya, ikan itu telah berada di dlm sungai yg berdekatan dengan bandar Paris & telah melalui beberapa terowong air di situ. Mereka pelik kenapa ikan tue datang ke kawasan bandar & air kat situ air tawar ya, ikan tue datang dari laut.

Kebetulan, minggu tue plak ada acara yg melibatkan semua peserta berenang di dlm air di kawasan yg ada ikan yu tue. Pihak polis memberitahu kpd Datuk Bandar utk membatalkan acara tersebut, namun Datuk Bandar tidak bersetuju & dia ingin meneruskan acara itu kerana dia fikir ikan itu boleh dihalang oleh pihak polis & dlm masa yg sama dia ingin bertanding utk menjadi Presiden. Masa nie, mereka berjumpa dengan ikan yu yg lain. Saiznya sangat kecik & muda lagi tapi bila mereka belah perut ikan yu tue, punya la banyak baby ikan yu keluar 😱 Rupanya ikan yu tue adalah spesis mutan, boleh adaptasi di kawasan air tawar & ikan yu yg kecik2 tue rupanya anak ikan yu yg mereka kaji tue. Mereka tak perlukan jantan utk membiak & boleh membiak sendiri even belum waktunya, ikan yg kena belah tue umurnya baru 2-3 bulan masa tue.

Pendekkan cerita, ketika acara bermula, pihak polis & pakar ikan yu tue gagal utk menghalang ikan tersebut. Macam bijak plak ikan nie ya? 😅 Anyway, ikan tue apa lagi..dah acara berenang beramai-ramai tue bermula, kiranya mcm menjemput semua ikan yu pi kenduri la 🤣 Pihak tentera pun datang utk menolong tapi hakikatnya, mereka lagi buat keadaan jadi teruk. Napa? Sebab beberapa minggu sebelum itu, ada sekumpulan budak2 jumpa beberapa biji bom (rasanya mcm tinggalan WW2 la kot) di kawasan sungai tersebut. So sungai tue pun sebenarnya belum habis periksa lagi, kebetulan byk plak tinggalan bom tue ada kat dasar laut. Apa lagi, bila tentera tue tembak-menembak dalam air tue bom tue mcm berkocak & bila bom tue jatuh ke dasar air semula...Booommmmmmm!

Habis seluruh Paris tue dinaiki air & yang tak bestnya, cerita tue tergantung begitu saja. I mean, it ended dengan mereka tersadai di atas bangunan & banyak ikan yu berenang2 di seluruh kawasan tue, kiranya mcm ikan yu semua menguasai kawasan air tersebut. 😌 Penat ja tengok, sekali ending gantung! Maybe ada yg kedua? 😅

#MyFreeTime #MovieReview #Movie #NewMovie #UnderParis #NnisaDiary #movies #Lemon8SparklingDay #Lemon8RisingCreatorMY