Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦

Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống
Recommended Family KDrama You must Watch 👨‍👩‍👧‍👦 JPEG Tải xuống

Ini adalah di antara my favorite KDrama berkisarkan kisah kekeluargaan. Korang kena ready tisu sebelum layan especially Hi Bye, Mama & Reply 1988. Berjurai-jurai airmata kita menangis 🥲 Review nie based on my personal review ya, bukan semua orang mempunyai minat yang sama ☺️

1. Doctor Cha 2023 (Rate 5/5)

Cerita memang serius lawak 😆 Episod 1 pun dah berdekah2 ketawa. Kisah seorang ibu dimana suami, ibu mentua & anak2 mereka tidak menghargai pengorbanannya sehingga dia jatuh sakit & disahkan kerosakan buah pinggang. Selepas sembuh, dia mula sedar yang dia perlu kejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor yg sudah sekian lama terkubur demi keluarganya. Dalam proses utk menjadi doktor, macam2 perkara telah terjadi & hubungan rahsia suaminya juga terbongkar ketika dia berjaya menjadi doktor pelatih di hospital suaminya bekerja.

2. Divorce Attorney Shin 2023 (Rate 3.5/5)

Peguam Shin, memiliki firma guamannya sendiri dimana firma tersebut hanya menerima kes2 perceraian & hak penjagaan anak sahaja. Suatu hari, dia menerima 1 kes besar iaitu melibatkan seorang wanita terkenal (DJ radio) hendak menuntut hak penjagaan anak lelakinya dengan risiko dimana dia telah curang & memburukkn lagi keadaan, rakaman video s**nya juga tersebar. Peguam Shin berjaya memenangi kes tersebut & wanita tersebut mendapat hak penjagaan anak lelakinya.

3. Under The Queen's Umbrella 2022 (Rate 5/5)

Berlatarbelakangkan zaman Joseon, Permaisuri Hwaryeong yg mempunyai 5 orang Putera terpaksa melanggar segala protokol istana demi mengubah anak-anaknya supaya layak digelar Putera. Permaisuri diuji hebat ketika anak sulungnya, Putera Mahkota jatuh sakit & disyaki telah diracun. Dia berusaha utk menyembuhkan anaknya & memastikan cerita mengenai Putera Mahkota sakit tidak tersebar.

4. Reborn Rich 2022 (Rate 5/5)

Mengisahkan seorang lelaki, Hyun-Woo bekerja di sebuah syarikat terkenal & dikhianati lalu dibunuh oleh ahli keluarga syarikat tersebut demi untuk menutup skim pengelakan cukai. Hyun-Woo kemudiannya sedar semula & alangkah terkejutnya dia apabila kembali ke tahun 1987 & dilahirkan semula sebagai salah seorang ahli keluarga tersebut. Lebih mengujakan, dia juga dapat bertemu dgn pengasas syarikat iaitu datuknya. Hyun-Woo berusaha keras utk mengumpul duit supaya dia dapat membeli syarikat datuknya suatu hari nanti & mencari pembunuh tersebut.

5. Hi Bye, Mama! 2020 (Rate 4/5)

Cha Yu-ri telah menjadi hantu sejak dia meninggal dunia dalam kemalangan tragis lima tahun yang lalu & anaknya dapat melihat hantu ibunya sendiri. Melalui projek reinkarnasi, Yu-Ri diberi peluang untuk menjadi manusia lagi jika dia berjaya kembali ke tempatnya dalam masa 49 hari. Walau bagaimanapun, suaminya, kini telah berkahwin semula. Dia perlu memilih antara kebahagiaannya sendiri atau suaminya. P/S : Masa tengok last episod, wajib sediakan tisu 😭😭

6. Graceful Family 2019 (Rate 5/5)

Mo Seok-Hee adalah anak tunggal dan bapanya menjalankan syarikat besar MC Group. Dia cantik, pintar dan kaya. Mo Seok-Hee kelihatan seperti dia sombong, tetapi dia bergelut dengan kematian ibunya yg dibunuh 15 tahun lalu. Bersama-sama dengan peguam Heo Yoon-Do, mereka bekerjasama utk mencari kebenaran di sebalik pembunuhan ibunya.

7. Reply 1988 2015 (Rate 5/5)

Duk-Sun, Jung-hwan, Sun-Woo, dan Dong-Ryong & Taek adalah pelajar sekolah menengah. Lima orang ini telah berkawan sejak mereka masih kecil & membesar bersama dan berjiran hingga ke hari ini. Keluarga mereka juga sangat rapat antara satu sama lain. Mereka selalu melepak di bilik Taek dan menghabiskan masa bersama. Taek telah berhenti sekolah & dikenali sebagai Pemain Go yg terkenal di Korea. Drama nie menceritakan semula kenangan 5 sahabat baik ketika mereka sekolah menengah sehingga mereka dewasa & membawa haluan masing-masing.

P/S : Cerita nie mmg sumpah lawak tapi masa penghujung episod kena ready tisu sebab pengakhiran drama nie boleh menitiskan airmata. 🥲

8. Princess Aurora 2013 (Rate 4.5/5)

Ro-Ra adalah anak perempuan dari keluarga kaya & mempunyai tiga orang abang. Walaupun Ro-ra datang dr keluarga yg sangat kaya tapi dia seorang yg baik & tidak sombong. Dia bertemu dengan Penulis terlaris Hwang Ma-Ma. Dia tinggal bersama tiga kakaknya & ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Ro-Ra dan Ma-ma jatuh cinta dan berjanji untuk berkahwin, tetapi bapa Ro-Ra tiba-tiba meninggal dunia dan syarikat bapanya muflis. Ro-ra terlalu sedih sehingga Ma-ma salah faham terhadap teman wanitanya yg langsung tidak berhubung dengannya & sudah berpindah ke tempat lain.

P/S : Mula2 tgk cerita nie sebab Jeon So-min 🤭 Tp eh..best juga ceritanya & lakonan Jeon So-min boleh tahan juga.

9. Ojakgyo Family 2011 (Rate 4/5)

Ini adalah kisah sebuah keluarga di sebuah ladang bernama Ojakgyo. Keluarga ini terdiri daripada seorang nenek, ibu bapa, dan empat saudara lelaki. Suatu hari, kehidupan keluarga yang damai dan bahagia tergugat oleh seorang gadis kaya bernama Baek Ja-eun datang ke ladang Ojakgyo secara tiba-tiba mengatakan bahawa ladang tersebut adalah milik bapanya. Bapanya hilang di laut dan ibu tirinya yang mementingkan diri sendiri meninggalkan dia selepas bapanya muflis.

10. High Kick! S2 2009 (Rate 5/5)

Dua adik-beradik perempuan, Shin Se-kyeong berusia 22 tahun & Seo Shin-ae berusia 9 tahun, berpindah dari rumah kampung terpencil mereka ke bandar besar Seoul. Kedua-dua adik beradik itu kemudian berpindah ke rumah Lee Sun-jae yang berusia 72 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarganya.

P/S : Cerita nie best sebab banyak yg lawak-lawak terutama sekali gelagat Jeong Hae-ri yg sombong & spoiled brat gitu 😆 Dia selalu membuli Seo Shin-ae & pada akhirnya menjadi teman baiknya.

#recommendedkdrama #familykdrama #kdrama #kdramarecommendation