Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Bagaimana Nak Pam Tayar Kereta?

Bagaimana Nak Pam Tayar Kereta?

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Bagaimana Nak Pam Tayar Kereta? JPEG Download

Salam 🍋ers!

Di suatu subuh yang hening dan ketika itu saya baru je selesai isi minyak kereta. Tiba-tiba ada sorang kakak ni approach saya.

‘Boleh tak tolong isikan angin tayar kereta saya?’, katanya.

Saya jawab,’Saya ajarkan la macam mana nak isi. Nanti akan datang boleh buat sendiri.’

Jadi, macam mana nak pam tayar kereta ni? Cekidaut:

🚗 Belek kat tepi pintu kereta sebelah pemandu untuk panduan tekanan udara. Sila hafal nombornya (eg 220 kPa/32 PSI)

🚗 Dekat pam angin, adjust kat ➕➖ sehingga sampai ke nombornya

🚗 Buka cap/nat pada valve stem tayar dan jangan letak merata

🚗 Letak gauge pam pada valve stem dan tekan sikit

🚗 Tunggu pam buat kerja sehingga dengar bunyi Tit tit tit..

🚗 Pasang semula cap

🚗 Ulang langkah 3-6 untuk tayar yang lain pula

Pam la ni kebanyakkannya digital dah. Senang. Dulu-dulu ada yang manual, aa saya suka juga 🤭

Saya bukan tak nak buatkan untuk kakak tu. Saya nampak dia ada bawa anak kecil. Nak balik Perak katanya. Suami dia takde, mungkin ada kekangan lain. Jadi saya ajarkan supaya kelak kakak ni pandai, ameen moga-moga 🤲🏼

Oh ya, saya tak buat demo. Saya bagi instruction dan kakak tu buat sendiri sambil saya monitor latihan amali. Pelik ke saya tak buatkan? Bukankah pengalaman sendiri lebih diingati? Saya ni kan #BerbezaItuNormal 🤓

#Lemon8Malaysia #Lemon8Tips