Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Kesilapan Kami Kepada Anak Kedua 😭

Kesilapan Kami Kepada Anak Kedua 😭

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Kesilapan Kami Kepada Anak Kedua 😭 JPEG Tải xuống

Salam 🍋ers!

Selepas setahun anak sulung memutuskan untuk masuk ke madrasah, anak kedua kami juga berhasrat demikian. Jadi kami tempatkan dia menjalani #SchoolDays yang baharu bersama abangnya 🤜🏼🤛🏼

Pada pandangan kami, semuanya akan baik-baik belaka memandangkan abangnya tidak menghadapi sebarang masalah, dan dia takkan berseorangan sebab abang dah ada. Dia pun dah biasa dan kenal dengan ramai kawan-kawan abangnya di sana. Tiap kali ziarah abangnya, kawan-kawan abangnya yang excited bila dia datang! Dah macam pelik pulak situasi ni 🤔

Namun, bila si nombor 2 ni dah jadi pelajar, aduh..boleh dikatakan hampir 6 bulan kami merana 😬 Tiap kali ziarah, dia menangis nak berhenti. Tiap kali balik bermalam atau bercuti, dia tak nak kembali ke asrama. KAU DAH KENAPA⁉️

Bila berbincang apa hala tuju kalau tak nak #SchoolDays di madrasah abang, dia tak tahu nak buat apa?! Nak masuk aliran perdana, kau pulak yang tak nak. Perbincangan dengan dia ni, kalau takde air mata, memang tak sah! 😭

Macam-macam kami fikir apa solusi masalah ni:

💡Bincang dengan ustaz

💡Minta tolong kawan-kawan dia nasihatkan

💡Minta parents (yang agak rapat dengan kami) nasihatkan

Bila semak balik list of solusi ni, tiba-tiba Allah sedarkan kami yang kami terlalu bergantung kepada makhluk. TERLALU!!

Sebenarnya kami dah melakukan kesalahan ini pada awal lagi iaitu:

1️⃣ Bergantung kepada abang dia untuk jaga dia; dan

2️⃣Bergantung kepada orang lain untuk bantu selesaikan ujian dia takmau belajar di madrasah.

Allah dah tegur kami, dah jentik hati kami! Allahu, memang kami terus SOLAT TAUBAT mohon ampun dan SERAHKAN SEMUA KEPADA-NYA untuk DIA selesaikan!

Bila tiba masa esok nak ziarah anak-anak dan kami dah risau akan dramanya nanti, rupanya TAK, keadaan baik-baik sahaja. Dia pun tak nangis-nangis dan ok je untuk terus belajar di sana!!

ALLAH Maha Mendengar dan Maha Besar!! Ampuni dosa kami ya Allah, kerana terlalu bergantung kepada makhluk. Seharusnya semua pergantungan kepada-Mu 😭🙏🏼🙏🏼🙏🏼

Teringat keadaan kami semasa abangnya lone ranger di asrama, tiap-tiap malam kami merayu Allah jaga dia. Bila teringat je, kami terus mohon Allah untuk pelihara dia. Kami serahkan bulat-bulat urusan anak kepada Allah. Tapi bila sampai anak kedua, kami dah alihkan kepada abangnya pula untuk jaga. Padahal yang sebenarnya penjaga adalah YANG MAHA MENJAGA 😭

Sejak itu, kami akan kongsikan cerita ini kepada mana-mana parents yang ada masalah yang sama. Anak-anak ni baik-baik sahaja. Jika ada sesuatu dugaan, maaf..memang kami nasihatkan parents untuk semak diri masing-masing. Betulkan YAKIN dan PERGANTUNGAN hanya kepada-Nya. Serahkan semua urusan kepada YANG MAHA MENJAGA. Semoga baik-baik sahaja buat parents dan anak-anak 🤲🏼

#Religious #Lemon8Malaysia