Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

"Keputusan Cermat = Hidup Lebih Baik!"

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download
JPEG Download

"Hidup ini bukan tentang siapa yang laju dan siapa yang lambat, tapi tentang perjalanan dalam mencari makna erti sebenar kehidupan."

Hi semua , saya harap apa yang dikongsi boleh la bantu serba-sedikit kehidupan semua orang .Saya tulis banyak ni baca tau😌Berikut adalah 8 hal yang sebaiknya tidak kamu perlu terburu-buru dalam menjalani hidup.

1. Menentukan minat:

Minat dan hobi tidak akan muncul begitu saja. Selalunya apa yang menjadi minat kita ini ialah apabila kita melakukan sesuatu tu kita seronok lakukannya tak kisah Ia apa pun janji bahagiakan diri sendiri..terkadang kita melakukan untuk menjaga kesihatan ,nak tubuh fit n tanpa kita sedar perkara yang kita buat tu banyak bagi manfaat untuk kita .Jadi buat je apa yang kita minat tapi jangan sampai menyalahi etika dan undang-undang yang boleh memudaratkan diri..fahamkan😉

2. Pindah ke tempat baru:

Jika dilakukan secara terburu-buru, keputusan ini boleh menyebabkan penyesalan di masa depan. Ambil cakna untuk perkara ini kalau nak berpindah perlu prepare apa yang sepatutnya dari segi kemudahan , pengurusan tempat baru , keadaan tempat itu dan banyak lagi. Bagus juga pindah kerana mungkin untuk mencari pengalaman baru , keluar dari zon selesa dan mengembangkan jaringan hubungan kita dengan orang lain. Kadang kala tindakan terburu ini akan menjejaskan kita contohnya hubungan dengan komuniti kawasan dulu yang akrab akan tidak sama dengan komuniti di kawasan baru...banyak lagi tapi fikir betul2 sebelum ambil keputusan.

3. Keputusan besar:

Pemilihan jurusan, pekerjaan, atau karier tanpa perancangan yang baik boleh mengakibatkan tujuan hidup yang tidak memuaskan.Inilah sebenarnya yang paling penting yang kita kena take noted☺️"Kita kena sedar hidup ini adalah pilihan ...jadi kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih".Saya dengar ayat ini dari UAI ..jadi jangan merungut la dan bertanggungjawab tapiii andai apa yang kita sedang hadapi sekarang dari masalah yang berlaku dan ujian yang dihadapi sekarang...takpa slow ii oke dalam selesaikan sebab semua ujian yang Allah bagi act sebenarnya DIA nak angkat martabat kita disisi-Nya.Semua tu ada hikmah n kita kena yakin je dengan DIA☺️

4. Hubungan cinta:

Tanpa usaha untuk memahami pasangan dengan mendalam, kamu berisiko menghadapi patah hati.Cinta ini jangan buat main tau sebab terkadang boleh menjadi sangat membahagiakan dan terkadang boleh menjadi sangat menyakitkan😌Kalau macam saya first cinta saya hanya untuk Maha Penyayang dan utusannya sec utk parents dan kemudian baru la utk partner ke org lain...tapi utk yg dh berumah tangga jagalah hubungan sesama keluarga dengan baik dan jangan biarkan musuh zahir dan batin mengganggu gugat kesejahteraannya .Bagi yang masih bujang mcm saya😌 jangan risau stay focus dengan apa yg awak tgh buat sekarang dan if dah jumpa someone yang betul ii boleh carry kita ke jannah jangan tinggal tau😉

5. Belajar kemahiran baru:

Konsistensi adalah kunci utama dalam proses pembelajaran. Jangan terburu-buru.Saya suka sesuatu yang mengembangkan potensi saya jadiii sesiapa pun jangan ragu dengan kebolehan diri sendiri kerana allah ciptakan semua orang dengan kekuatan dan kelebihan tersendiri sama ada kita nak manfaatkannya atau tak je.Kemahiran yang kita ada dan nak belajar boleh juga dijadikan penjana pendapatan kita kalau kita manfaatkannya dengan cara yang betul jadi tapi jangan ingat terus belajar terus dapat tau sebab semua benda take time yang penting konsisten je😊

6. Menilai orang lain:

Sebelum menilai, cuba lihat dari sudut pandang mereka. Ini dapat meningkatkan empati kamu.Jangan kita menilai orang melalui rupa paras , harta , perwatakan mereka tanpa kita mengenali mereka dengan rapat...konsep hidup saya nak menilai boleh tapi jangan sampai mengumpat dan menfitnah someone tu la sebab kadang apa yang kita nilai itu tidaklah tepat dan lihatlah juga apa yang orang menilai diri kita n perkara itu kita ambil iktibar untuk kita lakukan perubahan menjadi lebih baik.

7. Kepercayaan pada orang lain:

Kepercayaan kepada orang sangat penting dalam lakukan urusan sama ada dalam urusan peribadi ataupun kerja. Kita jangan bagi kepercayaan sepenuhnya untuk orang yang baru kita kenal kerana kita tidak memahami lagi sifat dan perwatakannya kerana boleh memudaratkan diri tapi untuk orang yang kita kenal pun jangan beri kepercayaan sepenuhnya kerana kita tidak akan dapat membaca hati nurani seseorang. Sentiasa berwaspada terhadap tindakan orang lain ke atas diri kita dalam jangka panjang.

8. Kreativiti:

Ini adalah hasil dari idea yang timbul .Bukannya idea yang kreatif tetiba datang kan ? Ianya tidak akan muncul secara tiba-tiba. Perkara yang timbul boleh membuatkan perkara yang dilakukan menjadi lebih efektif dan efisien malah akan lebih menyeronokkan. Beri ruang dan masa kepada diri agar idea dapat berkembang secara natural dalam fikiran kita .

Oke habisdaa😅Ambil masa dalam hidup; hargai setiap langkah dan jangan terburu-buru. Nikmati prosesnya dan beri diri ruang untuk berkembang!Tu je apa pendapat korang lagi boleh share kat komen👇🏻

#HidupSantai #JanganBuruBuru #RefleksiDiri #BelajarBersama #Kreativiti #HubunganSihat #MinatDanPassion #Empati