Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

JALAN JALAN IPOH

JALAN JALAN IPOH

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download
JALAN JALAN IPOH JPEG Download

Hi lemon friends, korang mesti tak sabar nak sambut hari kemerdekaan kan? And mesti ada yang dah plan untuk pergi bercuti during hari kemerdekaan ni.

Ada tak diantara korang yang plan untuk pergi ke Ipoh? Kalau ada , for those yang belum pernah jejak Ipoh langsung mesti korang bergantung pada google , dan review review yang ada dekat Tiktok kan?

Ipoh memang ada banyak tempat yang menarik yang korang boleh lawati , apa yang I suka dekat Ipoh adalah konsep bangunan dekat sana. Bangunan tersebut didirikan pada zaman British masih teguh dan kekal sebagai mercu tanda yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan apabila tinggalan warisan itu menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Sebagai rakyat Malaysia , tempat yang I akan selalu pilih untuk bercuti yang santai santai memang I akan ke Ipoh , sebab pekan Ipoh ni tak besar , so tempat ni tak memeningkan kepala kita.

Masa kali pertama kesini , I pun sama macam yang lain. Tengok review review dekat Tiktok , blog and instagram. Tapi disebabkan dah banyak kali ke ipoh dan dah kira tahu banyak juga benda mengenai Ipoh jadi harini I nak share Review jujur mengenai tempat tempat viral di Ipoh.

Untuk yang plan nak ke Ipoh masa #cutimerdeka nanti mungkin boleh refer posting yang I buat ni.

Dalam ni ada 9 tempat yang I review antaranya adalah:

1) Moh Sarap@ Izzah Tomyam

Rating: 3/5

Restoran ni viral dekat Tiktok and instagram as Port Sarapan terbaik di Ipoh .

Tapi waktu I sampai kedai makan ni around 8:30 pagi, belum ada ramai sangat pun dekat sini .

Kedai makan ni berkonsepkan Foodcourt tapi tak banyak pilihan makanan. Ada char kuey teow , roti kitab , nasi lemak , roti arab. -- Tak sama macam dalam review yang selalu orang kongsi mengatakan dekat situ ada banyak pilihan makanan seperti lontong , nasi kerabu dll .

Jalan nak ke tempat makan ni agak confusing sikit , waze hantar I ke kilang lama yang dah tutup, tempat tu dipenuhi anjing terbiar sedangkan kedai makan ni around 200 meter lagi dari tempat waze stopkan i.

I makan roti kitab dan nasi lemak paru . so far makanan dekat kedai tu sedap

Cuma toilet dekat sana susah nak access sikit and tak berapa bersih.

2) Taman Rekreasi Gunung Lang

Rating: 4/5

Tempat ni sesuai untuk keluarga yang nak beriadah

Dekat sini ada Bot yang bawa pelawat untuk menyeberang ke taman rekreasi , kandang kuda , kambing , lembu dan ikan .

Dekat kaunter ticket tu dieorang ada jual makanan ikan , tapi my suggestion korang tak payah beli pun makanan ikan tu sebab terlalu ramai pelawat yang beli makanan ikan ni dan kolam ikan& tasik sangat penuh dengan makanan ikan dan roti roti yang terapung diatas.

Hati hati tau dekat sini ada banyak monyet berkeliaran. tapi monyet tu takkan kacau selagi takde makanan dekat tangan korang and jangan lari lari depan dieorang sebab nanti dieorang akan rasa terancam and serang korang.

Taman rekreassi Gunung Lang ni kecil je , dalam masa 20 minit korang dah boleh habis tour satu tempat tu

nak datang sini elakkan pergi waktu awal pagi, atau time matahari baru keluar memang sangat terik

Dekat sebelah Gunung Lang ada mini zoo sesuai untuk bawa anak-anak sebab boleh bagi makanan dekat haiwan

3) Concubine Lane

Rating: 4/5

Concubine Lane atau dalam bahasa lainnya “lorong perempuan simpanan” or “The Mistress Lane” terletak di tengah tengah pekan Ipoh

Dulu tempat ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.

Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik

Tempat ni memang sarat dengan pengunjung. kalau nak datang ke sini, sebaiknya datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni

Kalau korang pernah pergi Jonker walk dekat melaka. Konsep concubine lane ni sama je dengan konsep jonker walk cuma dekat concubine lane ni dia hanya sebaris pendek je janlannya.

lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :

1) Blue sand museum

2) Platform 9 1/2 cafe (harry potter cafe)

3) Roti bakar pelangi

4) kuih titisan hujan

5) Kedai mochi

6) banana boat

Tapi parking dekat sini agak susah sikit nak cari, disarankan kalau nak senang cari parking tu datanglah pada awal pagi. Ataupun cari hotel yang berdekatan Concubine Lane ni so korang takpayah bawa kereta untuk ke sini

4) Fluff cafe

Rating: 4/5

Fluff cafe ni terletak around 1km dengan concubine lane korang boleh pergi situ jalan kaki je kalau dari concubine lane

Konsep “Open kitchen” yang menjadi signature Fluff, dengan perabot kayu yang hangat dan nada warna yang lembut, menjemput pelanggan untuk menyaksikan 'proses pembuatan' pankek soufflé gaya Jepun yang menggoda selera semasa kita makan. I sangat suka interior design tempat ni sebab sangat menenagkan dan cantik.

soufflé pancakes : souffle pancakes ni signature menu dekat Fluff , review jujur I , rasa suffle ni not bad. sedap kalau dimakan dengan topping tapi kalau makan kosong macamtu je kita akan rasa muak sebab rasa telur dekat pancakes tu sangat kuat.

5) Yong Suan Nasi Ganja

Rating: 5/5

Kalau korang nak cari the real Nasi Ganja better makan dekat sini je. Mungkin ada certain orang cakap orang Ipoh takmakan dekat Yong Suan ni , tapi I dah try dah makan dah dekat kedai kedai lain dekat Ipoh . I tak jumpa Nasi Ganja sesedap dekat Yong Suan.

The originality of Sambal dalam Nasi Ganja ni yang menjadikan tarikan sebenar kenapa I suka makan dekat sini. Sambal Nasi Ganja ini mengandungi kelapa dan daun mint . Dan keenakan sambal ni tak dijumpai di kedai kedai nasi Kandar yang lain di Ipoh.

Cumanya apa yang korang perlu consider datang sini adalah kena tunggu lama sikit untuk dapat tempat duduk sebab mungkin korang akan kena queue panjang , queue dalam waktu panas terik dan kedai nasi ganja ni tak besar. so korang mungkin makan dalam keadaaan yang crowded.

Tapi service layanan dekat kedai ni cepat

6) Nasi Kandar Pekan Lama, Kedai Abdullah

Rating: 2/5

Kedai ni dekat je dengan Fluff Cafe ,Kalau jalan kaki dari sana ambil masa 5 minit

I try this kedai sebab ramai reviewer kata kedai makan ni better dari Yong Suan but not for me. Rasa dia sama je macam kita makan nasi kandar dekat kedai mamak yang lain . Kuah yang dia masak pun agak cair especially ayam madu.

Keadaan kedai tu pun kurang bersih , menjadikan I kurang selesa masa nak makan dekat sana haritu . Pekerja dekat situ tak ramai , so dieorang tak dapat nak maintain kebersihan dekat sana, masa I nak duduk dekat meja pun takda siapa yang tolong lap meja bagi bersih.

Tapi makanan dekat sana murah . I ambil ayam goreng kuah campur , telur asin dengan teh o ais baru RM9 je price for that menu.

7) Gua Kek Look Tong

Rating: 5/5

Kek Long Tong bermaksud "Cave of Great Happiness". Parking dekat sini senang nak cari. Parking percuma ye dan masuk pun percuma. Cuma bawa badan saja datang sini.

Tempat ni cantik dah bersih. Cuma kena tahan panas sikit. Korang kena mendaki sikit masa nak naik dekat Gua tu.

Masa dekat dalam Gua tu sejuk. Dalam ni juga ada beberapa patung logam besar Buddhist and Taoist yang disadur dengan warna emas. Disebabkan temple ni still fully operational dan digunakan oleh masyarakat jadinya janganlah bising sangat sebab takut kacau orang nak beribadat.

Dekat belakang gua ni ada tangga lagi yang korang boleh turun dan menghubungkan dengan taman. Dengan suasana menghijau dia. Rasa refreshing betul. Bila masuk area ni dia macam calming, sunyi macam tu.

Area situ ada pondok-pondok berkonsepkan zaman Dinasti China , korang boleh main basikal ataupun kayuh duck boat. Nak jalan saja saja sambil nikmati pemandangan pun takpe.

8) Yasmin Ahmad@ BookXcess

Rating: 5/5

Rating: 5/5

Muzium Yasmin Ahmad ni pun terletak berdekatan Concubine Lane. Dahulu tempat ni merupakan lokasi salah satu bank yang paling sibuk di Ipoh.

Terletak di tingkat bawah kedai buku, 'Yasmin at Kong Heng' mempamerkan yang terbaik dari iklan Petronas perayaan dan filem-film kesayangan pengarah filem terkenal ini.

Pengunjung dapat menonton melalui komputer meja Mac milik Yasmin sendiri, yang masih mengandungi skrip asal untuk 'Sepet' dan 'Wasurenegusa'.

Tempat ni kecil je , tapi cantik untuk jadikan port OOTD sebab dipenuhi dengan lampu lampu LED ,dan mempunyai design yang menarik.

9) Miker Pizza

Rating: 5/5

Setiap kali datang Ipoh , ni port wajib yang I selalu pergi. Miker Pizza ni ada banyak cawangan. Tapi I selalu pergi yang dekat bersebelahan padang Polo. Parking dekat sana susah sikit nak cari

Miker Pizza ni merupakan Famous Lokal Pizza.

Pizza yang dijual sini sangat sangat sedap. Roti pizza yang lembut dan cruchy ,inti dalam pizza tu memang berasa.

Keadaan dalam kedai sangat selesa , disarankan untuk datang awal sebab kedai ni merupakan tarikan orang ramai.

Pizza Suggestion:

1) Hawaiian Explosion: Ada Tomato sauce, Mozzarella, Chicken slice, Pineapple, Jalapeno. Sedaap

2) Spicy Tuna: Ada Tomato sauce, Mozzarella, Tuna chunks, Red onion, Chili padi. Hati-hati kepada yang tak makan pedas sebab pizza ni memang pedas. Almaklumlah ada cili api. Tapi sedap

3) Meatball Lover: Ada Tomato sauce, Mozzarella, Meatball chunks.

Disarankan kalau makan berdua or bertiga ambil 1 set besar je or 2 set regular size tak payah ambil banyak banyak sebab portion dia besar. Yang penting puas hati.

So ini adalah review jujur dari I based on my own experience yang pernah datang tempat tempat diatas ni. Actually ada lagi beberapa tempat yang I nak include , maybe I akan buat part 2 soon!

Kepada semua , selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 66 . Selain dari pergi bercuti , apa lagi yang korang selalu buat pada hari merdeka ? Cuba share sikit dekat ruang comment dibawah.

#SayaAnakMalaysia #WeeklyInspo

#MyHighlightMoments #lemon8review

#CutiBersamaLemon8 #malaysialemon8

#lemon8lifestyle #reviewjujur Kuala Lumpur