Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Resepi Sambal Simple

Resepi Sambal Simple

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Resepi Sambal Simple JPEG 下载

Sambal Kesukaan Saya, mudah dan simple😋😋

🧉Sambal Kicap Sedap🧉

1. Bahan-bahan yang diperlukan;

- dua genggam cili padi hijau

- 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,

- Goreng seketika dua bahan di atas.

- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Saya suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa masing-masing. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

🍅RESEPI SAMBAL TOMATO🍅

Bahan A

🥣 7 bi cili padi hijau

🥣7 biji cili keriting hijau

🥣5 biji cili padi merah

🥣 5 biji cili keriting merah

🥣1 biji buah tomato merah

🥣5 biji bawang merah

Bahan B

🥣Garam

🥣Gula

🥣2 sdm air limau kasturi

CARA PENYEDIAAN :

🥣Tumis bahan A hingga layu.

🥣Masukkan dalam lesung batu tambahkan garam dan gula dan uli hingga sedikit hancur.

🥣Terakhir masukkan air perahan limau kasturi. Siap😋😋

🫕 RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP🫕

Bahan-bahan:

✅Tomato (belah 4)

✅Cili besar , Cili padi, Belacan

✅Ikan bilis (segenggam)

✅Minyak masak

**Tidak ada sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah…😅😅

Cara-cara:

🫕 Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.

🫕 Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

🫕Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan. Goreng sehingga layu. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.Saya punya ni saya guna hand blender.

🫕Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka. Siap😋😋

#sambalpenyet #sambalkicap #sambal #inspo

#WeeklyInspo