Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Ingatkan dah betul, RUPANYA... #weightlossjourney

Ingatkan dah betul, RUPANYA... #weightlossjourney

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Ingatkan dah betul, RUPANYA... #weightlossjourney JPEG Download
Ingatkan dah betul, RUPANYA... #weightlossjourney JPEG Download
Ingatkan dah betul, RUPANYA... #weightlossjourney JPEG Download

Hi Lemonies 🍋,

hari ni I nak share pengalaman I pada permulaan perjalanan #weightloss I. I hampir give up dan tak nak teruskan perjalanan ni sebab rasa susah. Tapi, apalah kejayaan sekiranya kita mengeluh dalam PROSES kan? Just enjoy the process 😁.

Antara tips yang I sendiri cuba pada tahun pertama percubaan diet adalah:

🍓MAKAN APA SAHAJA TETAPI DENGAN PORTION YANG KECIL

- I tak suka diet yang ekstrem. I akui memang sangat stres bila I sendiri cari resipi diet dan pilih makanan I. Kalau korang semua baru nak mula, memang korang akan rasa stres. So why not kita pujuk diri kita tanpa harsh on ourselves untuk diet yang ekstrem. Ingat guys, enjoy the process. Hihi

👟BUAT EXERCISE YANG KORANG ENJOY

- Lebih kurang dengan cara makan I, I lebih suka buat exercise yang I enjoy. So setakat ni, I enjoy guna kettlebell. Memang best sebab mudah digunakan. Mulakan dengan berat yang korang boleh angkat. Contohnya, pemberat 4kg.

- Kalau korang rasa tak mampu untuk guna pemberat, just gunakan cara masing-masing. Yang paling enjoy sekali adalah zumba. So korang boleh enjoy dancing sambil sihat. Jangan paksa diri untuk buat exercise yang sangat susah untuk permulaan.

✊🏻TIMBANG PADA AWAL PAGI SELEPAS BANGUN PAGI

- I baru tahu yang kita tak boleh timbang berat setiap hari. Cara yang betul adalah dengan selepas buang air besar dan dengan memakai pakaian yang minimum supaya berat tidak diganggu dengan pakaian yang ada pada pakaian.

Apa-apa pun, cari rentak dulu sebab diet ni adalah PROSES. Proses untuk diri sendiri. So apa kata kita cuba dengan cara kita, as long as kita sihat dan tidak memudaratkan. Semoga memberi manfaat untuk korang semua, hihi. ❤️

#Susahnya #AboutMe #Lemon8Malaysia #sharingiscaring #weightlosstips #fitnessmotivation