Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland

Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download
Tempat wajib dikujungi di Cameron Highland JPEG Download

Hi Lemon8 babe! Aira here, seperti biasa once kita dah pergi tempat tu of course laa nak share apa yang menarik dan benda best untuk dikongsi dengan semua, especially kepada mereka yang baru nak berkunjung ke Cameon Highland.

Jika kita bercakap mengenai Cameron Highlands, ia merupakan salah satu tempat tumpuan untuk orang bercuti. Disebabkan tempatnya yang berada di tanah tinggi, menjadikan tempat percutian yang menarik serta mempunyai cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman.

Akan tetapi sekiranya anda ingin berkunjung ke sini elok laa datang ketika bukan โ€œpeak seasonโ€. Kerana ketika musim cuti atau hujung minggu, kawasan ini akan sesak dengan para pengunjung yang bercuti di sini.

Banyak tempat menarik yang anda boleh pergi di Cameron Highlands salah satu tempat tarikan yang wajib anda pergi adalah Ladang Teh Boh Sungai Palas.

Antara tarikan di Ladang Teh Boh Sungai Palas adalah seperti :

๐ŸƒLadang teh yang menghijau, platform untuk ootd juga ada disediakan donโ€™t worry ๐Ÿ˜‰ Berlatar Belakang Ladang Teh dan Bukit yang Cantik. Di sini pun disediakan anjung tinjau pemandangan. Dari anjung ini akan dapat melihat pemandangan 180 darjah ladang teh sambil menghirup udara yang nyaman.

๐ŸƒCafe

Apabila anda sampai disini bangunan pertama anda akan jumpa adalah cafe. Anda boleh menikmati makanan sambil melihat keindahan pemandangan ladang teh. Makanan yang dijual disini lebih kepada cake, pastry & bun. Bagi minuman pula pastinya berasaskan teh tetapi terdapat juga minuman yang lain. Service kat cafe ni berkonsepkan layan diri, dan barisan untuk membeli makanan agak panjang so bersedia untuk berperang dengan perasaan sendiri ๐Ÿ˜… Makanan disini tak laa mahal sangat so boleh try scone memang sedapp. enjoy the foods with beautiful views

๐ŸƒMuzium Teh Boh & Kilang Teh Boh

Melawat muzium & anda boleh ke kilang melihat bagaimana proses membuat teh dari daunnya hingga ke hasil yang telah siap. Anda boleh melihat mesin-mesin yang digunakan untuk membuat teh. Menjadikan pengalaman baru kepada orang tidak pernah melihat bagaimana cara membuat teh.

๐ŸƒKedai Cendera Hati

Disini ada pelbagai jenis teh BOH yang boleh dijadikan cenderahati.

Pesanan ringkas, jika nak datang kesini kena awal dan bersedia dari segi fikizal kerana untuk sampai ke anjung atas anda perlu menapak dan mendaki โ€œagak jauhโ€ ๐Ÿ˜† I semput naik atas, hampir pitam pun ye juga mana taknya dukung baby. Jalan masuk ke sini juga agak mencabar kerana jalan agak sempit dan berliku.

๐Ÿ“Ladang Teh Boh Sungai Palas Pahang

beroperasi setiap hari dari 8.30am-4.30pm kecuali hari Isnin.

#Lemon8Malaysia #jalanjalanlemon8 #cameronhighland #ladangteh