Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Rupanya warna-warni

Rupanya warna-warni

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Rupanya warna-warni JPEG Download
Rupanya warna-warni JPEG Download

Cikya suka buat simple sapgeti, memang guna menda ni. Biasanya kalau Cikya malas nak masak banyak-banyak, Cikya akan cari cara yang paling senang dan cepat, guna bahan-bahan yang ada dalam dapur. Perencah sapgeti ni memang pilihan utama Cikya. Kadang-kadang, Cikya letak sikit bawang putih tumis, tambah sos ni, terus jadi sapgeti sedap yang Cikya rasa macam beli kat luar.

Mula-mula ingat ada satu jenis saja, tapi rupanya bila pergi pasaraya, satu rak penuh untuk pelbagai jenis. Ada macam-macam flavor. Setiap kali pergi, Cikya cuba satu jenis baru, tak sangka banyak betul pilihan. Bukan setakat buat sapgeti, Cikya pun guna sos ni untuk benda lain. Selain jadi pencicah roti kalau tengah lapar malam-malam, boleh jugak campur dalam roti untuk buat roti bakar berperisa. Budak-budak Cikya suka betul.

Nak masak simple? Perencah ni memang penyelamat. Kadang Cikya tak ada idea nak masak apa, tambah je perencah ni, campur dalam apa-apa yang ada. Goreng ayam sikit, tambah sos ni, terus jadi masakan ala western. Memang senang dan tak perlu fikir panjang.

#BerbezaItuNormal #McmneEh #simplecooking #spaghetti #perencah