The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Assalamualaikum korang~
hari ni I nak share resepi rendang ayam yang simple yang korang boleh masak sendiri kat rumah.
Bahan-bahan blend
1. bawang merah besar 2-3 biji
2. bawang putih 5-6 ulas
3. halia sebesar ibu jari
4. lengkuas sebesar ibu jari
5. serai 2-3 batang
6. kunyit hidup sebesar ibu jari
Blend
7. cili kering kurus 6-7 (boleh lebihkan kalau nak pedas)
8. cili kering besar 6-7
bahan2 rendang
9. ayam setengah kilo
10. gula melaka
11. pes asam jawa
12. kerisik
13. santan (I guna santan kara kotak)
14. garam secukupnya
15. kiub ayam
16. daun kunyit/daun limau purut
Cara2
1. Tumiskan bahan blend termasuklah cili kering yang diblend tu. Tumis sampai pecah minyak.
2. Selepas bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan ayam yang telah dipotong. kemudian biarkan ayam tu masak. tambah air segelas kemudian tunggu sampai ayam masak betul2. masa ni boleh masukkan gula melaka dan sedikit garam.
3. lepas air tu dah mula kurang, masukkan santan dan asam jawa(satu sudu kecil).
4. kemudian perasakan rendang tu ikut selera masing2. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. and then tunggulah sampai rendang tu kering sedikit dan pecah minyak. korang boleh pilih sama ada nak rendang tu kering2 atau ada sedikit kuah. I suka rendang yang berkuah sedikitπ .
resepi ni boleh guna utk masak rendang daging. cuma, rendang daging nak kena masak dengan lama sampai daging tu lembut.
semoga resepi ni bermanfaat utk korang.