Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Wrap Up Day 2 -Trip Surabaya 6H5 2024

Wrap Up Day 2 -Trip Surabaya 6H5 2024

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Wrap Up Day 2 -Trip Surabaya 6H5 2024 JPEG Download

TRIP JALAN2 JAWA TIMUR - Simpan.sini buat kenangan.

HARI KEDUA (10.09.2024)

Usai solat sunah seawal pukul 5 pagi kami telah bersedia untuk aktiviti pertama hari ini ~ Semeru Sunrise Jeep Tour. TAPI sayang seribu kali sayang, cuaca pagi hari itu tak berapa cantik hujan renyai- renyai

Walaupun hujan menemani perjalanan kami, aktiviti tetap di teruskan. .Kabut/kabus putih meliputi seluruh kawasan membuatkan Gunung Semeru yang gah juga tidak menampakkan bayang. Kami redho dgn ketentuan dariNya. Mak Cho happy ajer.

Untuk aktiviti jeep dan photographer kami bayar lain kerana tiada dalam pakej. Terima kasih untuk team dari jeep tour yang pro dan team photographer untuk gambar yang cantik. Banyak tempat bergambar seperti di sawah, di pohon pinus dan latarbelakang Gunung Semeru.

Sepatutnya kami ke Air terjun Kapas Biru tetapi bukan rezeki kami kerana cuaca tidak mengizinkan. Guide kami kata tidak berbaloi untuk kami berjalan , sudahlah agak merbahaya dan pemandangan tidak cantik.

Jom balik homestay untuk breakfast dan terus check out. Sayang juga tidak dapat menikmati kemudahan dan keindahan homestay ini . Masa amat terhad...

Dah kenyang moh kita ke Air Terjun Tumpak Sewu yang katanya antara yang tercantik di Pulau Jawa. Kalau selama ni hanya melihat gambar di media sosial tapi kali ini dapat melihat dengan mata sendiri. Memang mempersonakan. Tabarakallah (تَبَارَكَ اللَّهُ )...

Air terjun Tumpak Sewu berketinggian sekitar 120m. Terletak di Desa Sidomulyo Kabupaten Lumajang. Tumpak = 'Naik' dan Sewu = 'Seribu' bermaksud air terjun tersebut membawa erti seribu aliran bagai Tirai Raksaksa di tepi tebing.

Ingatkan dah sampai air terjun, rupanya kena jalan sikit untuk sampai ke area Panorama air terjun Tumpak Sewu. Boleh tahan berbukit juga tapi terbayar kala melihat air terjun bak tirai air tidak bertumpu di satu titik.

Mak Cho tak turun sebab sedar ada masalah kaki yang makin menjadi-jadi takut nenyusahkan orang. Ikutkan boleh tapi mungkin melambatkan perjalanan semua orang. Tapi takper ada 2 orang sama tak tirun dan kami menikmati masakan goreng panas-panas.

Untuk yang tiada masalah kesihatan silakan nikmati perjalanan turun 520 anak tangga (tangga besi yg curam dan laluan batu berair). Mereka bertiga turun ditemani guide bernama Mas Eko yang sangat berpengalaman. Kadang- kadang dia akan turun 2-3 tiga kali sehari.

Menurut mereka yang turun, walaupun penat tapi bila merasai sendiri percikan dan hembusan air yang dingin hanya ucapan Tabarakallah (تَبَارَكَ اللَّهُ ) - Maha Suci Allah. Seronok tengok gambar diaorang tapi mereka juga memilih tempat yang selamat sebab batu batuannya agak licin.

TIPS : ikut cakap guide sebab dia yang expert

Kami tidak menunggu mereka balik dan terus balik ke tempat letak van menaiki motorsikal. Untuk yang malas berjalan carilah tukang ojek.. selamat...

Di tempat letak kereta ada tempat mandi juga ada dijual alatan mandian.. mudahkan. Disini juga gerai makan dan kedai sewa kasut untuk sukan air.

Alhamdulillah kawan2 ku selesai bergambar dan naik dengan selamat. Moh bergerak menuju Bromo dan singgah solat di Masjid tapi tak ingat nak catat namanya. Selepas perjalanan 2 setengah jam akhirnya sampai di Kabupaten Probolinggo

Kami singgah makan malam metangkap makan tengahari di kedai lauk pauk citarasa orang Jawa Timur iaitu Restoran Mbak Seri Melati Indah. Agak terkenal juga kedai ini sebab ramai yang singgah.

Sebelum check in di Bromo kami singgah di Oikia Cafe and Eatery untuk berjumpa dengan Puan Ayunita Dewi owner Exotic Java Adventure. Sesuai dengan namanya memang ayu orangnya dan so friendly macam dah kenal lama.

Terima kasih Puan Ayunita Dewi kerana sudi mengopi bersama kami dan belanja kami juga. Semoga ALLAH mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk bisnes sis Ayunita Dewi.

Jom sambung lagi perjalanan ke homestay kita untuk berehat. Lebih kurang pukul 10.30 malam WIB kami sampai ke Bromo Otix GuestHouse. Kami hanya tidor lebih kurang 2 jam sahaja demi mengejar matahari terbit (sunrise). Tak sabar...

#kakijalan #syukurselalu #friendsforever❤️ #tripsurabaya #probolinggo #wrapupday2