Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

THE CURSE OF LA LLORONA

THE CURSE OF LA LLORONA

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
THE CURSE OF LA LLORONA JPEG 下载

SPOILER ALERT

.

.

.

1. Filem ni mengambil kisah sebuah cerita rakyat orang Mexico, kira La Llorona ni ikon hantu Mexico lah. Sis tak pasti sama ada kisah hantu ni hanyalah sebuah dongeng ke, mitos ke atau sekadar cerita rekaan untuk menakutkan kanak-kanak kat sana.

2. Sebab ada dinyatakan La Llorona akan ambil budak yg tak dengar cakap mak dia. La Llorona ni roh seorang perempuan yang nakkan anak orang. Kenapa dia nak anak orang? Beranaklah sendiri, suka hati dia je nak anak orang! Muahehehe.

3. Sebenarnya masa hayat dia hidup, dia seorang wanita cantik yg baik. Dia kemudiannya berkahwin dengan petani dan hidup bahagia dengan dua anak.

4. One day, dia dapat tahu laki dia curang so maybe dia sesat akal, dia pi benam anak dia kat sungai sampai mati lemas. Lepas dia tersedar tu lah dia nyesal dengan perbuatan dia, thats why dia kemaruk nakkan balik anak dia.

5. Hantu dia okey pada sis. La Llorona nampak agak seram juga dengan gaun pengantin yg lusuh tu tapi storyline sekadar bolehlah, taklah wow sangat. Filem ni sama je macam filem-filem seram yg lain je pun.

6. Bagi sis taklah seram mana pun, tapi ada jumpscare yang biasa macam kita dah biasa tengok dalam Insidious, dalam universe Conjuring dan filem seram yg lain.

7. Tapi takdelah jumpscare yg keterlaluan sangat so sesuailah ditonton bersama family atau ajak anak-anak layan time cuti sekolah ni.

8. Filem ini termasuk dalam universe Conjuring tau. Ada Annabelle muncul sebagai cameo, termasuklah Father Perez, paderi yg pernah muncul dalam filem Annabelle terdahulu.

9. Tapi sis tak pasti timeline The Curse of La Llorona ni sebab sis pun dah confuse dengan turutan universe Annabelle ni. Tapi filem ini takde kaitan pun dengan filem-filem Conjuring yang lain, cuma berada dalam universe yang sama je. Itu sahaja.

10. Cerita ni sekali lagi menjadi antara movie seram yg tipikal pada sis, dah boleh diagak. Tak cukup untuk menakutkan sis, tapi sis suka yg ni dari Annabelle Comes Home.

11. Sebab apa? Sebab dia muncul lekas takde kena tunggu lamanya hantu nak keluar dan juga sebab La Llorona tu sendiri. Filem ni kalau kena dengan kekuatan skrip, boleh jadi sebuah movie seram yg sangat baik.

#lemon8review #whatsinmybag #leyamenulis #filmreviewleyaalias