Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary

WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary JPEG Download
WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary JPEG Download
WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary JPEG Download
WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary JPEG Download
WHAT I DO ON MY PAYDAY #Lemon8Diary JPEG Download

Salam all! Wah topik ni tengah hangat eh. Laikha pun nak join sekali lah!😍

Siapa je yang tak gembira, hati tak berbunga-bunga bila gaji dah masuk kan. Rasa hilang segala penat lelah sebulan mencari rezeki. Sebagai seorang isteri, laikha tidak mempunyai apa apa komitmen bulanan yang tetap selain bayaran balik pinjaman pendidikan kerana yang lain-lain semua ditanggung sepenuhnya oleh suami.

Jadi duit gaji yang laikha terima, laikha akan simpan dalam ASB sebagai simpanan hari tua dan simpanan kecemasan. Andai kata kami diduga dengan nikmat rezeki suatu hari nanti, laikha harap duit simpanan laikha dapat membantu demi kelangsungan hidup keluarga kecil laikha.

Setiap bulan, laikha akan guna sejumlah kecil duit untuk suami, special buat suami. Sama ada laikha akan hadiahkan suami sesuatu, atau laikha akan belanja suami. Laikha dahulukan suami sebab satu bulan laikha dah ditanggung sepenuhnya zahir dan batin. Jadi pemberian laikha ni sebagai reward untuk suami.

Sebelum laikha belanjakan duit lebihan gaji, laikha akan ketepikan dulu duit untuk laikha beli emas goldbar 1g. Yang mana laikha akan kumpul 10g dan tukar kepada gelang tangan atau rantai. Sebab laikha sukakan barang kemas, lambat cara ni, tapi in sha Allah berbaloi. Sbb kita akan rasa excited setiap kali nak tukar goldbar tu kepada barang kemas.

Akhir sekali, duit lebihan tu laikha akan pakai tanpa berfikir duit akan habis, tanpa perlu rasa berat hati nak guna. Duit ni lah laikha akan guna nak self reward, nak sedekah, nak beli barang deko rumah ke, barang kucing ke apa sahaja lah yang laikha nak beli, laikha akan beli pakai duit ni.

So korang macam mana? Apa korang buat bila dapat gaji?😍

#Lemon8Diary #lemon8sharing #AskLemon8 #moneytips #moneymanagement #financialtips #savingmoney #Lemon8SG #Lemon8Malaysia #lemon8indonesia