Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Best ke masuk sekolah MRSM ?

Best ke masuk sekolah MRSM ?

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Best ke masuk sekolah MRSM ? JPEG Descargar

Sekarang mungkin banyak dah berubah tapi ni saya nak cerita pengalaman saya semasa belajar di MRSM pada tahun 2009-2013.

Dlu pun saya tak tahu pun sekolah MRSM ni. Target lepas UPSR nak masuk sekolah sekali dengan ayah je (ayah cikgu). Tak pun sekolah agama haha. Masa Sekolah rendah banyak main jadi result biasa je. Tapi dekat UPSR baru semangat nak belajar dan alhamdulillah dapat 5A.

Satu hari dalam kereta, ayah tanya, nak masuk MRSM tak ?

Kita pulak noob tak tahu sbb adik beradik sebelum ni sekolah agama atau vokasional. I pun tanya balik, MRSM tu apa. Ayah ckp sekolah sains. Kena duduk asrama. Dia sekolah asrama penuh. I pun ckp okay je, ikutlah. So isi la borang then permohonan berjaya.

Minggu pertama orientasi baru lah tahu MRSM sekolah budak pandai, antara yg terbaik. MRSM pula banyak and ada jenis-jenis dia. Ada MRSM ulul albab, ada MRSM program cambridge mcm IGCSE mcm2 lagilah.

Perbezaan MRSM dengan sekolah biasa banyak juga. Antaranya,

1. Pelajar satu kelas sikit jadi boleh focus. Masa dlu tak lebih 25 orang pun satu kelas.

2. Sistem peperiksaan dia lain. Dia dah gunakan pointer mcm universiti and ikut semester. Jadi awal-awal lagi kami dah didedahkan dengan sistem pointer.

3. Setiap sem ada 1 minggu aktiviti, ni paling kami tunggu. Satu/dua minggu aktiviti tu memang tak belajar langsung yea. Dari pagi sampai malam penuh aktiviti. Pertandingan la persembahan la semua dalam sekolah. Kadang2 ada ceramah jemputan luar.

4. Cara pembelajaran laju dan dah diajar buat pembetangan berkumpulan. Bukan cikgu mengajar semata-mata. Jadi bila masuk universiti kita dah tak jadi awkward nak buat presentation sbb dah biasa.

5.Tingakatan 3 dan 5 ( yang ni tak pasti sbb tak ingat) wajib buat projek SEM TYPE III. Dimana kita wajib buat project sains secara berkumpulan dan ada presentstion. Ibaratnya dekat universiti mcm project tahun akhir.

6. Dari segi kempimpinan pulak sedikit berbeza. Di sekolah biasa jawatan pengawas adalah paling tinggi kan. Tetapi di MRSM ada jawatan yg lagi tinggi, dia adalah pengantara pengurusan/cikgu mrsm dengan pelajar. Dia panggil badan kepimpinan pelajar seperti dalam gambar. Tak semua orang boleh jadi. Siapa nak jadi kena masuk pilihan rays, buat manifesto dan semua pekajar kena undi. Mcm pilihan raya lah.

7. Bukan belajar semata-mata bnyak aktiviti kokurikulum yg boleh join. Pertandingan mcm2 aktiviti pun sama. Pendek kata snang nak kutip sijil

Basically style sekolah mrsm lebih kurang di universiti. Diberi pendedahan supaya student tak culture shock la. Dari segi pelajar kat sini. Ada yang pandai mmg pandai betul. Add math tu sebelah mata je boleh jawab, ada pertengahan dan semestinya ada je yg nakal.

ada banyak lagi yg boleh di kongsi tapi panjang sgt. I suka bersekolah disana hopefully dapat hantar anak pula ke sana 😍 hopefully tapi bagi manfaat dan sendikit pendedahan utk korang yg tak tahu.

#SchoolDays #WeeklyChallenge #sekolah