Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Donut Susu

Donut Susu

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Donut Susu JPEG 下载
Donut Susu JPEG 下载

Hi gaissss, pejam celik pejam celik tak terasa kita dah berada d Ramadhan ke 11. Petang ni utk berbuka, I buat Donut Susu Resepi Khairul Aming. Bagi I, resepi ni sgt mudah dan confirm jadi. So pada yang suka donut tu boleh la cuba resepi donut susu ini.

Bahan-bahan:

Air Suam – ¼ cawan

Susu Pekat Manis – 6 sudu biasa

Yis – 1 paket kecil

Satu Biji Telur

Garam – setengah sudu kecik

Tepung Gandum – 4 cawan

Marjerin – 3 sudu biasa

Susu Tepung

Gula Icing

Cara penyediaan:

Bagi cara penyediaan pula, pertama sekali masukan air suam yang telah disukat kedalam bekas kosong. Kemudian masukan susu pekat manis dan satu paket yis.

Kacau kesemua bahan tadi sehingga menjadi sebati dan tunggu selama lima minit untuk adunan tadi mengembang.

Setelah itu, masukan pula telur bersama setengah sudu kecil garam dan kacau semula adunan tersebut.

Langkah seterusnya, masukan pula tepung gadum dan marjerin yang telah disukat. Kemudian gaul lagi doh sehingga sebati dan tunggu selama 45 minit untuk dough mengembang.

Setelah itu, ambil doh yang sudah kembang itu dan letak di atas permukaan rata yang telah ditaburi tepung (untuk elak dari dough melekat).

Selepas itu gunakan penggelek untuk meleperkan doh dan acuan untuk menekap dough bagi mendapatkan bentuk donut yang sebenar.

Kemudian panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang kecik (untuk elak dari donut hangit) dan goreng donut.

Akhir sekali, ambil satu bekas dan campurkan susu tepung dengan satu cawan gula ising. Ambil donut yang siap digorengkan untuk disalut bersama.

#RayaLemon8 #donutlembut #donutsusu #sedapsangat #pengaruhkhairulamig #khairulaming