Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK!

PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK!

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống
PASAR Unik & Tradisional‼️'Hidden Gems' di KK! JPEG Tải xuống

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Siapa yang pernah belum sampai Sabah khususnya di bandar Kota Kinabalu di sini angkat tangan 🙋

Kalau anda pertama sampai menjejakkan kaki di bumi Borneo ni terutama sekali di Kota Kinabalu, Sabah mesti anda terkejut Kota Kinabalu dah jadi 'Korea Kinabalu'! 🤣

Pelancong Korea ramai betul di sini, tidak kurang jugak pelancong China. Di bandaraya Kota Kinabalu yang terkenal dengan makanan laut ni, rata² pelancong akan mengunjungi pasar malam & pasar minggu atau dipanggil 'tamu' untuk melihat suasana setempat.

Meh abang senaraikan 3 pasar utama yang wajib anda ronda di Kota Kinabalu ni khususnya untuk cari makan & beli 'ole-ole' bawa balik.

🔻 PASAR SINSURAN (Anjung Kinabalu)

Pasar Sinsuran ni besar sebenarnya merangkumi beberapa pasar utama. Kalau sebut Pasar Sinsuran betul² yang jual kerepek², kuih cincin, amplang, & sebagainya tu.

Ada pasar malam, pasar kraftangan, pasar hasil laut, & pasar besar. Lokasinya betul² bertentangan Hotel Le Meridean Kota Kinabalu. Ada jugak orang panggil Pasar Filipina sini.

Baru² ni kawasan ini telah diberi nama baru iaitu 'Anjung Kinabalu'. Nak makan malam berupa makanan laut, datanglah pasar malam. Nak cari buah tangan bawak balik, boleh ke pasar kraftangan & pasar hasil laut.

Waktu petang² terutama menjelang senja cantik betul boleh tengok 'sunset' berlatarbelakang Pulau Gaya berhampiran Pasar Sinsuran ni.

Google Maps/Waze:

📍Pasar Sinsuran Kota Kinabalu

🕜 3.00 P.M - 10.00 P.M (Pasar Malam)

🕜 7.00 P.M - 10.00 P.M (Pasar Kraftangan)

🕜 7.00 P.M - 10.00 P.M (Pasar Ikan Bilis)

📅 Setiap Hari

2) PASAR MALAM GAYA STREET

Berlangsung setiap Jumaat & Sabtu malam, Pasar Malam Gaya Street antara pasar malam yang ditunggu² setiap minggu.

Bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam, deretan khemah peniaga akan memenuhi di sepanjang Jalan Gaya menjual pelbagai jenis makanan & minuman.

Cakap ja nak makan apa semua ada. Yang paling laku dah tentulah gerai satay & air tebu, rata² pelancong yang beratur nak beli. Siap berebut dengan orang Korea 😬

Ada jugak busking, dan persembahan di pintu masuk Pasar Malam Gaya Street ni. Kalau dudukhotel di tengah bandaraya Kota Kinabalu, boleh jalan kaki ja mai sini. Bawa kereta susah parking sikit.

Pasar Malam GAYA STREET Kota Kinabalu.

Tak tau nak cari makan mana di Kota Kinabalu boleh mai sini setiapa hari Jumaat & Sabtu malam.

Bermacam jenis makanan ada dijual, yang paling laku keras dah tentulah satay & air tebu. Siap kena berebut la dengan pelancong Korea & China 😬

Google Maps/Waze:

📍GAYA STREET Night Market

🕜 5.00 P.M - 10.00 P.M

📅 Jumaat & Sabtu

3) TAMU GAYA STREET

Sebut Kota Kinabalu tak sah la kalau tak cerita pasal pasar minggu terkenal di Sabah ni iaitu TAMU GAYA STREET.

Dah diadakan berpuluh-puluh tahun di tempat sama iaitu di Jalan Gaya, pasar minggu atau dipanggil 'Tamu' ni antara yang terpanjang di Sabah.

Rata-rata peniaga datang dari sekitar Sabah, antaranya dari Kota Belud, Tawau, Ranau menjual hasil tempatan dari kampung masing². Antaranya seperti sayuran & ulaman, buah-buahan, kuih tradisi, alat muzik, hiasan & sebagainya.

Tamu Gaya Street ni berlangsung setiap hari Ahad sahaja tau, bersambung dari pasar malam Gaya Street malam sebelum pagi itu. Betul² 'function' betul Gaya Sreet ni, macam² pasar dia ada setiap hujung minggu.

Pelancong comfirm la ramai. Tapi memang best. Happening betul. Datang KK kalau kena dengan hari Ahad wajib datang sini tau!

Google Maps/Waze

📍Tamu Gaya Street

🕜 6.00 A.M - 12.00 A.M

📅 Setiap Ahad

Kalau anda datang ke Kota Kinabalu, Sabah jangan lepaskan untuk hadir memeriahkan majlis di 3 buah pasar ni OK! 😀🤣

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #Sabah