Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Jalan Kampung Paling Best di Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jalan Kampung Paling Best di Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Jalan Kampung Paling Best di Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JPEG Download

Laluan A17 di antara Parit hingga ke Bota Kanan antara laluan yang boleh dicuba bagi mereka yang mencari atau nak melihat rumah kampung tradisional macam drama Melayu.

Di sepanjang laluan sejauh 20 kilometer ini, berbaris indah rumah rumah kayu lama yang cantik. Antara yang banyak adalah rumah Kutai, rumah tradisional negeri Perak.

Bukan rumah rumahnya sahaja, malah pemandangan semulajadinya pun cantik dengan berlatarbelakangkan sungai, kebun dan bukit.

Sangat sesuai bagi berkayuh basikal santai santai dan berlari. Jalannya memang rata (flat). Tak tipu.

Jika ada kelapangan, datanglah ke sini. Dijamin tidak akan rugi menjamu mata melihat keunikan tersendiri setiap rumah kayu di sepanjang jalan di sini.

Bawaklah baju melayu atau baju kurung sekali. Bolehlah bergambar OOTD buat modal hari raya nanti.๐Ÿ˜‚

๐Ÿ“Œ Laluan A17 (Jalan Parit - Bota Kanan)

#Bota #Parit #hiddengems #Perak #Malaysia #WeeklyInspo #SayaAnakMalaysia #MyHighlightMoments #RumahTradisional #TravelwithLemon8