La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Descargar | |
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar |
Warung Kopites. Mee udang tepian sungai Kuala Ketil, Baling Kedah.
Kalau hangpa ke Baling dan nak cari mee udang yang sedap tak payah jauh² ke Pulau Sayak atau pun ke Kuala Kuar di Alor Setar. Di Kuala Ketil pun ada!
Warung ni terletak betul² di tepi Sungai Ketil. Dari jalan besar kena masuk sikit dalam 300 meter sampailah ke kedai ni. Ada papan tanda kecil tertulis 'Warung Tepi Sungai / Warung Kopites' dari jalan besar.
Semuanya makanan di sini berasaskan mee. Ada beberapa jenis mee hangpa boleh pilih:
1. Mee Udang - RM13
2. Mee Daging - RM10
3. Mee Tulang - RM15
Ada juga set combo.
1. Tulang + Daging - RM18
2. Tulang + Udang - RM20
3. Udang + Daging - RM16
Warung ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat & Selasa tutup (cuti). Tapi dia buka dari tengahari sampai ke pukul 6.30 petang sahaja. Rancang masa betul² untuk ke sini.
Sepinggan mee udang cuma RM13 sahaja tapi puas hati makan boleh kongsi 2 orang. Minta dulu sepinggan takut tak habis. Banyak!
Kalau minuman pulak boleh cuba ais kacang! Macam-macam jenis minuman lain pun ada. Mintak ja!
Baru-baru ni dah tambah menu baru. Ada 'western food' pulak! Yang ni abang tak pernah cuba lagi. Mungkin anda boleh cuba lepas ni.
📌 Google Maps : WARUNG TEPI SUNGAI
Merbau Pulas, 09100 Karangan, Kedah
🕜 12.00 P.M - 6.00 P.M (Tutup Selasa & Jumaat)
🚗 Parking Luas & Percuma
💲 Harga berbaloi dengan makanan 👌
🌟 Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐
#MeeUdang #KualaKetil #Baling #Kedah #WarungTepiSungai #lemon8sharing #foodiemalaysia #TravelwithLemon8 #Lemon8Malaysia #foodlemon8