Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Cara lawan Anxiety & Panic Attack! 🤔

Cara lawan Anxiety & Panic Attack! 🤔

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Cara lawan Anxiety & Panic Attack! 🤔 JPEG Descargar

Khamis | 10 Oktober 2024,

Kalau pernah baca post sebelum ini, Haya ada terangkan kenapa Haya boleh dapat Major Depression Disorder & Anxiety.

👉🏻 Tekan Sini kalau nak baca

👉🏻 Tekan Sini kalau nak baca (Part 2)

Sekarang Haya nak kongsikan bagaimana Haya mengawal Anxiety & Panic Attack. 😁

Sebenarnya Haya dapat rasakan bila perasaan takut iaitu Anxiety nak menyerang. Selalunya ia akan serang bila Haya sendirian & fikiran kosong.

Kadang membuatkan kita menggigil, berpeluh, jantung berdegup laju, sakit kepala dan rasa tercekik.

Mesti korang pernah rasa perasaan “ajal” dah sampai kan? Haya pun sama. 🥺

Cara Haya lawan :

1. Haya tarik nafas dalam sedalamnya untuk beberapa kali sehingga Haya rasa lega.

2. Cepat cepat cari telefon & tengoklah video lawak, youtube atau apa apa rancangan/movie yang membuatkan otak korang lupa mengenai Anxiety tadi.

3. Cari makanan untuk kunyah kunyah. Makan makanan sampai korang rasa lega. (Contoh, kacang)

4. Ajak pasangan, adik beradik atau kawan kawan berborak. Kalau boleh borak perkara yang kelakar.

5. Cari aktiviti yang buat fizikal penat. Semasa diserang Anxiety itu, cepat cepatlah korang melompat sampai penat. Serius hilang dah perasaan Anxiety tadi. 🤣

6. Kalau terasa tercekik, korang cepat minum air kosong. Kadang ia melegakan juga.

7. Cari kerja yang korang suka. Sebagai contoh, Haya sekarang bekerja sebagai Host Live & Content Creator. Haya suka sangat bab bab shoot video & editing. Sebab otak Haya akan busy tak akan terfikirkan nak melayan Anxiety.

8. Cari rancangan hiburan yang korang suka tengok. Sebagai contoh, Haya suka tengok paranormal tiap malam. (Korang jangan gelakkan Haya pula! 🤣) Mungkin korang suka tengok rancangan masakan. 🤔

Ok itu saja Haya mampu kongsikan. Haya pernah makan ubat dari Psikiatri tapi Haya return balik dekat Doktor sebab Haya jadi lemah lemau dan mengantuk tiap hari. 😅 Jadi, Haya memang sedaya upaya melawan Anxiety dengan cara yang Haya kongsikan.

Btw, Haya disahkan MDD & Anxiety pada umur 20 tahun. Sekarang sudah beberapa tahun Haya mampu mengawal dan melawan Anxiety. Dalam setahun rasanya kurang 5 kali saja diserang Anxiety. Itu pun Anxiety cepat hilang sebab Haya suka sibukkan diri. 🥰

Korang pun mampu lawan untuk sihat!

#BerbezaItuNormal #McmneEh #MentalHealth #mddfighter #anxiety