Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼

Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼 JPEG 下载
Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼 JPEG 下载
Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼 JPEG 下载
Tak sangka rupanya dulu berbakat juga! 💅🏼 JPEG 下载

Halluu halluuu, lovelies! I’m Fie. 🧚🏼‍♀️✨

Masuk bakul angkat sendiri nampaknya, ya! 🤭🙈

Saya masih ingat…

Masa darjah 6 lepas UPSR kan semua pakat mengisi masa lapang bawa board games lah, novel, komik, macam-macam! Masatu jugalah saya terjebak baca novel cinta sampai kena marah dengan Ayah sebab iyalah, baru darjah 6 kot! 🫠

Di situlah titik permulaan kecintaan saya terhadap bahasa puitis dengan kosa kata yang luas gara-gara banyak sangat baca novel cinta. Maka, saya pun mula berjinak mengarang manuskrip novel cinta sendiri! Wah, bukan calang ya jadi pengarang cilik gigih menaip kisah cinta dongeng masatu. Malangnya, saya hapuskan manuskrip tersebut kerana takut rahsia diketahui Ayah dan Mama. Sampai sekarang saya menyesal… 🥹 Kalaulah masatu dah pandai simpan data dalam disket, sekurang-kurangnya boleh juga saya teruskan mengarang hingga selesai. Haha berangan erk!

Menginjak usia remaja di bangku sekolah menengah, minat saya terhadap penulisan puisi pula berputik. Sibuk jadi monyet, bercinta tak sudah. Maka, mencurah-curah idea tulis puisi konon-konon mengekspresi rasa. Siap ada sebuah buku khas untuk tulis puisi tau! ‘Cringe’ ya bila baca balik! 😭 Sampai sekarang masih simpan dan juga masih menulis dari masa ke masa.

Tingkatan 1 hingga 3 dulu pilih nak belajar Muzik sebab rasa tangan tak berseni nak ambil Pendidikan Seni Visual. Seronok sangat dapat main keyboard! Salah satu tugasan yang Cikgu beri masatu ialah tulis lirik lagu untuk hasilkan melodi bersesuaian dengan menggunakan keyboard. Saya punya semangat bukan setakat siapkan lirik semata, saya siapkan dengan melodi jadi sebuah lagu terus! Lagu cintan cintun pula tu. 😂 Sayangnya, saya dah lupa di mana letaknya lirik lagu tersebut. Tapi, saya rasa saya masih ingat melodinya. 🥳

Ternyata, minat dan jiwa saya begitu dekat dengan bahasa serta seni. Minat ni kalau dipupuk, dibaja dan hala tujunya jelas ke arah positif, insyaAllah boleh membuahkan hasil. Hobi bukan sekadar hobi, hobi bawa tuah membangun diri. 💪🏻

Begitulah serba sedikit kisah yang jarang saya nak kongsikan pada orang. Kiranya, siapa yang baca ni bertuahlah. Tolong simpan rahsia, ya? Ytjt! 🙆🏻‍♀️💕

Korang ada tak hobi yang kian dilupakan?

Jom kita bertukar ‘rahsia’! 😘

#SchoolDays #WaktuSekolah #CampusLife #AboutMe #AtMyAge #BigSisterAdvices #GirlsSupportGirls #GirlsTalk #ShareMyExperience #MyLifeJourney