Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

SOLAT TAK SAH JIKA TIADA INI ‼️

SOLAT TAK SAH JIKA TIADA INI ‼️

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
SOLAT TAK SAH JIKA TIADA INI ‼️ JPEG Herunterladen
SOLAT TAK SAH JIKA TIADA INI ‼️ JPEG Herunterladen

Hi Lemoners🍋

Solat adalah merupakan tiang agama. Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat apabila menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Dalam menunaikan ibadah solat, terdapat beberapa aspek penting perlu kita pelajari agar ibadah solat kita diterima. Salah satu aspek terpenting yang perlu diketahui ialah rukun solat.

Kita WAJIB mempelajarinya kerana sekiranya tertinggal salah satu rukun solat, maka solat tidak sah.

✨Rukun solat terbahagi pula kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi✨

✅Maksud Qalbi ialah rukun melibatkan hati; niat & tertib

✅Maksud Qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan. Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri. Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:

✏️Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)

✏️Al Fatihah

✏️Tahiyat Akhir

✏️Selawat atas nabi

✏️Salam yang pertama

✅Manakala rukun Fi’li ialah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Rukun tersebut adalah:

Berdiri (qiam).

✏️Rukuk.

✏️Iktidal.

✏️Sujud.

✏️Duduk antara dua sujud.

✏️Duduk tahiyat akhir.

Semoga kita semua istiqomah dalam menjalankan ibadah🤍✨

#islam #religion #solat #quotes #islamicmotivation #islamicreminder #islamicadvice