The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hai Lemonade!๐
Tajuk buku ni nampak macam buku english, tapi sebenarnya ni buku bahasa Melayu tau.
Kali ni i nak share review buku ni yang ditulis oleh penulis dari Indonesia.
Buku ni diterbitkan oleh Puteh Press sekitar tahun 2021.
I baca buku ni masa PKP dulu. Haa dah lama kan๐
Ini review nya:
๐๐๐๐ช๐ฅ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ง๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐จ๐๐ฉ๐ช ๐ข๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐ ๐ ๐ข๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐๐ฃ.
๐ผ๐ฅ๐๐๐๐ก๐ ๐ก๐ช๐ก๐ช๐จ ๐จ๐๐ฉ๐ช ๐ช๐๐๐๐ฃ, ๐ ๐๐ฉ๐ ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ช๐๐๐๐ฃ ๐จ๐๐ฉ๐๐ง๐ช๐จ๐ฃ๐ฎ๐. ๐ฝ๐๐๐๐ฉ๐ช๐ก๐๐ ๐จ๐๐ฉ๐๐ง๐ช๐จ๐ฃ๐ฎ๐.
Goodbye Sedih dan Kecewa bukanlah buku panduan untuk merawat jiwa yang lelah, kecewa atau sedih terutamanya pada musim kehidupan yang tidak tentu hala ketika ini.
Sebaliknya, buku ini lebih kepada motivasi dan panduan untuk mendepani hidup menerusi cabang-cabang masalah yang dipecahkan kepada enam bahagian iaitu:
โขmasalah dengan diri sendiri
โขmasalah dengan suami
โขmasalah dengan anak
โขmasalah dengan jiran
โขmasalah dengan rakan
โขmasalah dengan alam sekitar
Kulit buku ini sangat menarik sepadan dengan isi kandungannya.
Juga lengkap dengan rujukan dari ayat-ayat al-Quran dan juga hadis untuk menyokong isi dan hujah.
Penulis juga menyelitkan kisah-kisah teladan dan sirah di setiap topik yang sangat membuka mata hati saya yang dahagakan ilmu.
Malah, ada juga kisah sirah Rasulullah dan keluarganya yang baru pertama kali saya tahu.
Benarlah bahawa membaca itu kunci kepada ilmu dan membezakan antara yang jahil dengan bijak.
Gaya penulisan seperti seorang sahabat yang memberikan nasihat kepada sahabatnya.
Ada juga diselitkan provokasi supaya pembaca dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Antara bacaan yang mengenyangkan minda dan jiwa saya๐
โโโ
Korang dah baca ke belum buku ni?
Kalau dah baca, share pendapat korang tentang buku ni dekat komen!
#BookReview #selfhealing #healingbooks #healing #bookrecommendation #booklemon8 #booklover #bookworm #booktalk #bookaddict