Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Tips about Public Speaking you should know‼️🔥

Tips about Public Speaking you should know‼️🔥

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Tips about Public Speaking you should know‼️🔥 JPEG 下载
Tips about Public Speaking you should know‼️🔥 JPEG 下载
Tips about Public Speaking you should know‼️🔥 JPEG 下载
Tips about Public Speaking you should know‼️🔥 JPEG 下载
Tips about Public Speaking you should know‼️🔥 JPEG 下载

⚠️Tips Pengucapan Awam (Public Speaking).

Pernah tak rasa nervous kalau lecturer suruh buat presentation depan kuliah? Kalau pernah, sama lah kita, apatah lagi semasa nak persembahkan VIVA untuk FYP masa tahun terakhir. Seram sejuk. Tapi kali ini saya akan beritahu anda rahsia yang saya sering lakukan bila nak interview. Kejap!! Public speaking ni sama ke dengan sesi temu duga kerja? Lebih kurang, sebab kita yang akan bercakap di hadapan orang lain. Tak sama dengan kita bercakap dengan kawan-kawan.

Biasanya, kalau anda mempunyai suara, anda mempunyai mesej, dengan semula jadinya anda boleh kongsikan ia dengan orang lain. Jadi ikuti tips yang saya sering amalkan.

1️⃣ Fahami penonton

Jika anda meluangkan masa untuk mengetahui tentang target penonton anda, anda boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan. Jadi, ketahuilah sejauh mana mereka sudah tahu tentang isu yang ingin anda bincangkan. Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti tahap pemahaman penonton tentang topik yang anda ingin sampaikan. Ini boleh membantu anda ke arah penyampaian lebih baik dan "mesra".

2️⃣ Gunakan "Bullet Point"

Sediakan satu senarai perkara yang anda ingin sampaikan. Senarai tersebut perlu mengandungi mesej utama yang anda ingin penonton anda fahami dan rasai di akhir pengucapan anda. Senarai ini anda boleh lakukan dalam "bullet point". Mulakan dengan 3-5 isi yang umum, kemudian gariskan beberapa perkara asas yang menyokong setiap mesej. Tapi, jangan pula tulis "mini essay" dalam senarai anda!

3️⃣ Selitkan jenaka dan soalan

Jenaka ialah cara yang baik untuk menarik minat penonton anda dan memastikan pembentangan anda tak dapat dilupakan. Siapa yang tak suka sedikit jenaka? Jenaka dalam bercerita boleh memanfaatkan proses penyampaian pengucapan awam anda. Ia membantu anda menyampaikan mesej yang serius dalam nada yang sangat ringan dan tulen, sekali gus membuat penonton rasa selesa! Tapi harus berpada-pada ya!

4️⃣ Bercakap dengan cermin

Jangan terkejut, saya maksudkan anda perlu berlatih berucap di hadapan cermin. Bahasa lain, bercakap dengan cerminlah! Sedangkan penceramah awam yang paling berpengalaman perlu berlatih untuk menjadikan pengucapan mereka berkesan, inikan pula kita yang baru nak belajar kan? Memberi persembahan ucapan di depan cermin akan membantu anda dalam menyusun maklumat dan berlatih intonasi yang sesuai.

Semoga ia berguna. Public speaking ni satu kemahiran yang kita boleh bawa sehingga tua. Jadi tak rugi kita kembangkan kemahiran tersebut.

#Lemon8Malaysia #lemon8 #GayaLemon8 #Malaysia #universitystudent #university