Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Tip Langsai Hutang

Tip Langsai Hutang

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Tip Langsai Hutang JPEG Download
Tip Langsai Hutang JPEG Download

Korang,ami ada baca sharing suri rumah ni,ami ada list sharing ni,tapi tidak ingat bila,so bila ami buka balik note dalam tap,ami terbaca points yang ami pernah list kan time dengar sharing tersebut

1. selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. bayar hutang dulu. sedekahkan 20 al fatihah pd mak ayah masih hidup atau sudah meninggal

2. pagi2 lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. ampunkan aku Ya Allah. minta ampun betul2 pagi2

3. lepas tu baru dhuha. bila dhuha saya tak doa nak rezeki. masa lepas doa saya buat kesyukuran. bgtau ya Allah tima kasih bangun lagi pagi ni utk mohon ampun. ya Allah tima kasih ada suami yang baik.

4. senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak nya. menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak

5. jaga aurat..labuhkan baju, tudung dan stokin.

6. istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyak nya rezeki.

7. Tengok Phone selepas jam 10am selepas siap 3 di atas.

8. sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmal wakil - cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.

9. Berhenti rehat 10 min sebelum zuhur. habiskan 1 surah pendek al waqiah sambil tunggu zuhur.

10. selepas solat amalkan

33 kali alhamdulillah

33 kali subhanallah

33 kali allahuakbar

33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad

11. Berhenti 10min sebelum asar untuk baca al mulk dan asar awal waktu.

12. Bila amalkan ni masa jadi sangat panjang. banyak benda boleh buat.dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.

13. lebihkan masa bersama family selepas asar sehingga maghrib jemaah sama2 sehinggalah isyak berjemaah. tak dapat di masjid. amalkn di rumah.

14. setiap hari amalkan sedekah walaupun Rm1,boleh sedekah air kuih pada sesiapa yang kita jumpa tepi jalan

15.Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu.

16. Tak mampu sedekah wang.Boleh ajar orang lain ilmu percuma.Sedekah ilmu

17. sebelum Tidur amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita buat seharian.

18. Solat taubat sebelum tidur. biasanya tidur awal jam 10 mlm bangun balik jam 11 mlm sehinggalah jam 3 pagi atau tidur jam 12mlm bangun jam 4pagi

19. Usaha 4 pagi tahajud minta dengan tepat. doa betul2 minta merayu betul2.Jika habiskan hutang sebut hutang tu berapa. bila nak bayar.

20. Sebelum tidur malam minta maaf dengan suami. jaga betul2 hubungan suami isteri. lebihkan akhirat..lebihkan suami daripada bisnes/kerja

21. Susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. duk baik2.. saling terima kurang lebih masing2. kita semua tak sempurna.

22. Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.

23.Paksa diri rendahkan ego.Jika orang tu berjaya.pegi jumpa dia belajar. hormat guru kita.

24. Wajibkan merendah diri. ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. bisik pada diri. kau hanya meminjam.

25. jaga orang tua. berkhidmat masa mereka masih ada. Berbakti ikut kapasiti diri yang termampu

Sumber : Sharing tentang cara lansai dengan pertolongan Allah

#TakSangka #ThisVsThat #BerbezaItuNormal #AskLemon8 #hutang