Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

5 fasa kehidupan

5 fasa kehidupan

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
5 fasa kehidupan JPEG Скачать
5 fasa kehidupan JPEG Скачать

Ami just sharing semula,ami dengar ikim fm,best bagus untuk memperingatkan diri,jom baca

Di dunia semua orang hidup dan manusia melaluiy proses kehidupan beserta ujian dugaan untuk kita tentukan destinasi akhir kita,kita ada pilihan untuk jadi manusia insan seperti mana..

Fasa Umur Yang perlu kita Upgrade(tambah ilmu& amal)

Imam Ibnu al-Jauzirah menyebut, ketika manusia dilahirkan di dunia dibahagikan umurnya kepada lima fasa. Sejak mula dilahirkan, manusia menghadapi 99 perangkap kematian, ada yang dapat menghadapinya sehingga akhir, ada yang tidak sempat lalu menemui kematian.

✅ Fasa pertama kehidupan manusia ketika melalui zaman kanak-kanak iaitu ketika bayi sehingga mereka mencapai usia 15 tahun. Fasa kedua ketika muda, iaitu berumur di antara 15 hingga 35 tahun.

✅ Fasa ketiga, manusia dewasa bermula ketika 35 hingga 55 tahun, manakala fasa keempat, manusia menjadi tua berumur antara 55 hingga 70 tahun. Fasa kelima pula, berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.

✅ Apabila manusia mencapai usia 20 hingga 40 tahun, mereka melalui tempoh diberi kurniaan duniawi daripada Allah SWT. Namun, selepas mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa, "Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini."

✅ Jangan kejar dunia

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

✅Muhasabah diri

Sheikh Wahab bin Munabbih pernah membaca dalam beberapa buah kitab dan berkata, "Bahawasanya satu suara akan menyeru dari langit keempat pada setiap pagi yang memanggil: Wahai manusia yang berusia 40-an, kamu adalah tanaman yang sudah dekat masanya untuk dituai. Wahai manusia yang berumur 50-an, sudahkah kamu mengira apa yang sudah kamu lakukan dan apa yang belum kamu lakukan. Wahai manusia yang umurnya 60-an tidakkah kamu tahu bahawa tidak ada lagi alasan buatmu? Alangkah baiknya jika semua makhluk tidak diciptakan ataupun jika mereka dicipta, sebaiknya mereka mengetahui mengapa mereka diciptakan. Berhati-hatilah, saat kamu sudah tiba. Jaga-jagalah diri kamu semua."

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada tuhan melainkan Allah, ada dalam kalangan manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga sehinggakan dirinya dengan syurga itu hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba apabila hampir dengan kematian, terbalik suratan kitabnya dan beramal dengan amalan ahli neraka. Lalu dia mati dan dimasukkan ke dalam neraka. Dan ada dalam kalangan kamu yang hidupnya, beramal dengan amalan ahli neraka sehingga dirinya dengan neraka sangat dekat, hanya sejengkal jaraknya. Tiba-tiba berubah suratan kitabnya, di akhir kehidupannya beramal dengan amalan ahli syurga dan mati, lalu dia dimasukkan ke dalam syurga Allah." (Riwayat Imam Bukhari)

Sumber: Dengar Radio IKIM

Maaf panjang captip tapi tak rugi baca

#SchoolDays #RealitiSuriRumah #AskLemon8 #lemon8sharing #life