Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Nasi Goreng Lagend!! βœ…

Nasi Goreng Lagend!! βœ…

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Nasi Goreng Lagend!! βœ… JPEG Download
Nasi Goreng Lagend!! βœ… JPEG Download
Nasi Goreng Lagend!! βœ… JPEG Download
Nasi Goreng Lagend!! βœ… JPEG Download

Sarapan Nasi Goreng Ikan Rebus mengamit memori betul! 😍

Bahan A✨

Telur

Sayur sawi

Nasi putih

Ikan kembung (boleh guna apa-apa jenis ikan)

Petai (tambahan, tak nak letak pun tak apa)

Ajinomoto atau secukup rasa

Garam

Bahan B✨

Cili kering

Cili padi

Udang kering

Bawang merah

Bawang putih

Cara-cara memasak✨

1. Goreng telur menjadi hancur dulu.

2. Tumbuk semua bahan B bersama cili padi, lagi pedas lagi sedap. Bahan itu ditumbuk manja-manja. Tidak hancur sangat, lain orang lain caranya ya.

3. Rebus ikan dan setelah siap direbus, carikkan isinya dari tulang ikan. Pastikan di bahagian isinya tiada tulang-tulang halus yang tertinggal, sekiranya ada buang tulang tersebut.

4. Siang sayur sawi dan basuh bersih sebelum ditoskan.

5. Selepas itu, tumiskan bahan perencah B dalam minyak masak yang panas sehingga ia betul-betul masak garing.

6. Masukkan pula nasi putih dan garam, tambah sedikit ajinomoto atau secukup rasa, kemudian gaul semuanya sehingga sebati.

7. Akhir sekali, masukkan ikan rebus, telur hancur, sayur sawi dan petai. Siap untuk dihidang!

#Lemon8Forum #Lemon8Malaysia #MalaysiaLife #memories #sedapsangat #savelike #Lemon8 #AskLemon8 #resepisimple