La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Descargar | |
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar |
Hi ibu-ibu! 💕
Walaupun anak-anak kita masih kecil, tapi sebenarnya mereka selalu tengok apa kita buat dan mahu melakukan apa yang orang dewasa lakukan.
Selalu tak kita manjakan anak-anak dan buat semua benda untuk mereka? Sebenarnya ini tidak elok untuk perkembangan mereka di masa depan. Cuba tips ini agar anak-anak lebih berdikari hanya dengan melakukan aktiviti dalam rumah:
1. BERI ANAK MASA, JANGAN MEMAKSA
• kadang-kadang ibu bapa yang kurang sabar asyik suruh anak-anak “cepat, cepat”. Bila anak-anak dengar, mereka akan rasa yang kita tak percaya yang mereka boleh buat sendiri. Jadi sabar sedikit, mana tahu anak-anak lebih berjaya.
2. BERI ANAK PILIHAN
• sedari kecil, jika anak-anak diberi peluang untuk memilih, mereka akan cepat belajar untuk berdikari. Biar mereka pilih baju nak dipakai atau permainan yang nak dimain bersama.
3. BIAR ANAK BUAT SENDIRI
• ibu-bapa jangan cepat beri pertolongan tetapi cuba tunjuk caranya dan biar mereka buat sendiri. Kepercayaan yang diberi boleh meningkatkan tahap perkembangan anak-anak semasa membesar.
4. BERI ARAHAN JIKA PERLU
• selain biar anak buat sendiri, arahan dari ibu-bapa yang spesifik, jelas dan nyata boleh membantu anak-anak melakukan sesuatu dengan berjaya. Guide mereka ya.
5. WUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA ANAK-ANAK
• sediakan cawan dan pinggan plastik. Tempat tuang air yang mesra kanak-kanak. Boleh juga sediakan tangga kecil yang memang boleh membantu anak-anak tolong basuh pinggan di dapur.
Cara ini sangat bermakna untuk membiarkan anak-anak belajar berdikari dan berasa puas hasil didikan bermula dari mereka kecil.
#parentingtips #parentinglife #tipslemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8hometips #lemon8sharing #HomeGoods #hometips #tipslemon8