Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

VBAC? Apa tu?!

VBAC? Apa tu?!

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
VBAC? Apa tu?! JPEG Descargar
VBAC? Apa tu?! JPEG Descargar
VBAC? Apa tu?! JPEG Descargar
VBAC? Apa tu?! JPEG Descargar
VBAC? Apa tu?! JPEG Descargar

Okay kita sambung part 2 tips utk success VBAC..

Sebelum tu sy explain sikit apa tu VBAC

Bahasa org putihnya - Vaginal birth after cesarean section, kalau nak senang faham bahasa pasarnya cubaan bersalin normal selepas czer.

Selalunya bila previous pregnancy czer agak susah utk VBAC. Kalau ada yang plan nak VBAC kena dgar advise dr doctor ya. Sbb kalau mommies berisiko doctor tak benarkan VBAC.

Antara tipsnya here we go, Alhamdulillah sepanjang pregnancy anak ke 2 Allah permudahkan. Sy minum air gula 2x, tak sangkut. Bacaan HB pun cantik sepanjang mengandung 11 keatas, paling rendah pun 11.1. Sy tak makan ubat klinik hujung pregnancy sbb alah dgn ubat, apa yang sy amalkan bykkan makan buah nenas, kurma, buah jambu, kerang dan hati ayam. Sy amalkan juga suplement multivities powerlife, vitamin c bocalex (if ada kencing manis tak disarankan ya), prebiotic g-pro gold gkb dan minyak kelapa dara d’aura (boleh reffer dkat gambar). Tapi make sure dapatkan saranan drpd ahli farmasi atau doctor ya. Sy juga ada buat senaman prenatal dan urutan perineum guna minyak kelapa dara.

Nexttt, lepas nurse di kk monitor keadaan sy, nurse tanya sy nak bersalin secara apa. Jwpan sy dgn yakin dan pastinya nak bersalin normal. Jd nurse bgtahu doctor yang bertugas waktu tu dan doctor buatkan surat utk sy reffer hospital berjumpa pakar. Masa jumpa pakar, pakar semak condition dalam buku pink sepanjang pregancy dan scan luka czer sy. Luka czer sy in good condition, which is takda masalah lekat dgn rahim atau luka czer terbuka. Then doctor bg option nak bersalin normal atau czer, ofcos sy jwb normal. Then doctor benarkan sy VBAC.

Cumanya masa last week pregnancy dlm 38 minggu berat badan sy naik mendadak dlm 5kg within a week. Jd sy kena pegi kk setiap hari utk check nadi takut ada risiko pre eclampsia. Maklum la kita dah mula ada selera makan. Lepas seminggu sy back on track, jaga makan semula Alhamdulillah berat badan turun dan takperlu ke klinik lagi.

Fyi punca sy czer anak pertama adalah sbb, takda pengalaman bersalin sebelum ni. Tak pernah rasa dan taktau sakit contraction bersalin (which is sakit contraction tu 100x ganda sakit sengugut), masa tu sakit yang sy boleh bg rate 3/10 drpd sengugut, yaa sengugut😂 jd dgn yakinnya sy pun serah diri 37 weeks waktu tu tgh pkp (salah 1 punca nurse takbg balik). Nurse check bukaan masih 0cm, pihak hospital tahan sy terus atas alasan rumah sy jauh dr hospital dan kalau sy balik takut tak sempat bersalin di hospital.

Jadi sepanjang di hospital sy admit selama lebih dr 10 hari, semua jenis induce sy dah cuba. Induce ubat, belon, drip(3x setiap 4jam) dan pecahkan air ketumban. Bukaan sy masih stuck 4cm selama 12jam dalam laboor room. Bacaan jantung baby pun cantik maksudnya baby tak stress dlm perut, mungkin dia seronok duduk dlm perut atau tak ready nak keluar. Tapi mama dah kehabisan tenaga masa tu. Disebabkan poor progress sy minta utk emergency czer. Dari pengalaman anak pertama, sy selalu pastikan betul betul ada tanda bersalin baru sy ke hospital. Tanak dah kena tahan lama lama 😫

Lastly key pointnya, mommies kena usaha, doa dan tawakal ya. Pastikan jgn stress, apa pun kaedah kita bersalin kita tetap ibu yang bertarung nyawa untuk lahirkan anak.

Tapi belum habis dkat situ 🫣 act sy ada hemorrhoids stage 4 during this pregnancy. Tggu next part pula 😉

#bersalinczer #vbac #bersalinnormal #pregnancy #momlife cc @Nur Qalisyah part 2