Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Tetamu Datang Rumah, antara 7 tanda REZEKI BERKAT💛

Tetamu Datang Rumah, antara 7 tanda REZEKI BERKAT💛

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Tetamu Datang Rumah, antara 7 tanda REZEKI BERKAT💛 JPEG 下载
Tetamu Datang Rumah, antara 7 tanda REZEKI BERKAT💛 JPEG 下载
Tetamu Datang Rumah, antara 7 tanda REZEKI BERKAT💛 JPEG 下载

Assalamualaikum Lemonies🍋,

Uols suka tak bila ada orang tetiba call nak datang rumah? Pada yang selalu rasa tak suka tu boleh buang persepsi tu jauh-jauh. Sebab Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila tetamu masuk ke rumah, maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu. (Riwayat ad-Dailami).

So takde sebab kita nak tolak atau rasa terbeban kan?

Bukan itu saja, antara tanda REZEKI DIBERKATI oleh Allah SWT:-

1️⃣ Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

2️⃣ Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga kita ada keberkatan.

3️⃣ Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain seperti bersedekah maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati.

4️⃣ Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.

5️⃣ Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan. Rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.

6️⃣ Rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.

7️⃣ Doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.

Moga kita semua tergolong dalam kalangan yang dikurniakan rezeki yang melimpah & berkat 🤲🏻

#Rezeki

#WeeklyChallenge

#StayAtHome

#Lemon8Forum

#Lemon8Malaysia

#Religious

#islamicreminder

#adeenalifestyleshop