Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Kelebihan kahwin AWAL & kahwin LAMBAT 👩🏻‍❤️‍👨

Kelebihan kahwin AWAL & kahwin LAMBAT 👩🏻‍❤️‍👨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Kelebihan kahwin AWAL & kahwin LAMBAT 👩🏻‍❤️‍👨 JPEG Download
Kelebihan kahwin AWAL & kahwin LAMBAT 👩🏻‍❤️‍👨 JPEG Download

Hi lemonies! harini nak share pasal PERKAHWINAN. Segelintir masyarakat skrg lambat kahwin dpt title "anak dara tua tkpun ANDARTU, meh kita buka mata luas luas, fikirkan sejenak. "Berdosa ke kahwin lewat?"

"Hina sangat ke kahwin lewat?"

kepada orang yang sudah berkahwin diluar sana/bawangrangers, jgnlah rasa perkahwinan ni 1 perlumbaan, korang tahu tak benda mcmni kena jaga sensitiviti individu tersebut. Mentang org tu tak kahwin lagi, byk eh berbunyi. Seolah kamu pulak ambik alih kerja Tuhan.

Ada jugak segelintir yang kahwin awal bagus tapi tk kesemuanya sekali yang bagus, ada yang berkahwin semata mata nafsu, berkahwin sbb nak tambah zuriat & bina keluarga kecil. Hakikatnya ada jugak yang berkahwin awal berlakunya kes perceraian diatas faktor salah faham, faktor kewangan & ekonomi family bukan selfish. Mari kita huraikan kelebihan kahwin awal & lambat.

KELEBIHAN KAHWIN AWAL

1. Dapat membuat perancangan jangka panjang dan memulakan kehidupan bekeluarga lebih awal.

2. Jika dapat anak di usia yang muda, bila sudah mencapai umur 50-an anak-anak pun sudah besar, sudah boleh berdikari dan boleh uruskan diri sendiri.

3. Dapat merasai nikmat hubungan intim lebih awal dan lebih berkualiti tatkala tenaga masih kuat dan cergas serta libido masih tinggi.

4. Mempunyai isteri yang belum melewati usia subur untuk hamil dan melahirkan anak, oleh itu dapat mengurangkan risiko dan implikasi hamil pada usia lewat.

5. Dapat luangkan lebih banyak masa bersama pasangan yang kita cintai di usia muda sehingga tua sepanjang hayat kita.

KELEBIHAN KAHWIN LAMBAT

1. Mempunyai lebih masa dalam mencari orang yang betul-betul ideal dan matang untuk dijadikan pasangan hidup.

2. Mempunyai banyak masa untuk belajar dan siapkan diri dengan ilmu percintaan, rumahtangga dan kekeluargaan agar lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

3. Lebih mudah dan mempunyai banyak masa untuk berusaha mengejar impian dan cita-cita dalam bidang kerjaya atau pendidikan kerana tidak mempunyai komitmen rumahtangga.

4. Boleh luangkan lebih banyak masa untuk berbakti kepada ibu bapa.

5. Boleh kumpul lebih banyak wang simpanan, stabilkan tahap kewangan dan kukuhkan ekonomi sendiri.

6. Mempunyai lebih kebebasan untuk melakukan hobi, minat, makan makanan kegemaran dan buat apa sahaja yang kita suka.

#AtMyAge #AskLemon8 #WeeklyChallenge #MyFreeTime #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #ViralOnLemon8